Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019 di Stadium Shah Alam| Buat julung kalinya, anak syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Cik B Boba Lova Niaga akan menganjurkan karnival dimana ianya dimeriahkan oleh penaja utama iaitu Uda Holdings Berhad. Bakal berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 20 hingga 22 Disember 2019 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di perkarangan tempat letak kereta (W4), Stadium Shah Alam dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.
Majlis perasmian Cik B Vaganza Food Fest 2019 akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Urusan Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr Hjh Hasmiza Othman pada hari Jumaat 20 Disember 2019 jam 3.00 petang. Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk keluaran usahawan kecil diseluruh Malaysia . Sebanyak 200 usahawan kecil akan menyertai karnival kali ini yang melibatkan produk atau ’end product’ berkaitan kesihatan, kosmetik dan kecantikan, aksesori dan makanan dan minuman.

