Untuk sidang media kali ini, dikongsikan beberapa perkara seperti pengumuman rasmi rakan penaja, artis jemputan serta perkongsian isitimewa dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza untuk Konsert 30 Siti Nurhaliza
KONSERT LEGACY 30 SITI NURHALIZA
Konsert berskala besar ini bakal berlangsung pada 30 Januari 2026 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil [SNBJ] bermula jam 8:30 malam. Dijangka seramai 60,000 penonton bakal hadir untuk menyaksikan penyanyi nombor satu membuat persembahan. Ticket konsert dikatakan hampir habis terjual dengan hanya berbaki untuk kategori VIP

ARTIS JEMPUTAN
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza bakal menampilkan artis ternama dari Indonesia – Cakra Khan, vokalis kumpulan Hujan- Noh Salleh dan Hafiz Suip. Tidak lupa juga artis muda yang baru saja memenangi Artis Baharu Wanita Popular (ABPBH Ke-37) di APBH 2025 iaitu Umairah turut dijemput untuk kolaborasi bersama.
“Konsert ini adalah hadiah untuk peminat, rakan industri serta semua yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni saya selama 30 tahun. Legacy 30 Siti Nurhaliza bukan tentang diri saya sahaja. Tentang kite semua yang membina, menghargai dan mempertahankan seni serta budaya.”

PERSIAPAN
Jika ditanya mengenai persiapan, setakat ini sudah berada di tahap optimum dimana semua tahun yang konsert ini bakal diadakan sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke 47 tahun.
Pengalaman ‘luar biasa atau wow’ bakal disajikan kepada semua yang hadir melalui empat segmen yang berbeza. Di sini juga nanti para peminat dapat melihat empat persalinan daripada empat pereka berbeza dengan mengenakan perhiasan dari HABIB.
PERSEMBAHAN
“Saya akan membawakan rangkaian lagu asal dengan susunan muzik baru daripada pengarah muzik – Aubrey Suwito. Lagu baru dari album, Gema Bumantara akan turut dipersembahkan.
Saya lebih selesai menjadi diri sendiri dan fokus kepada kualiti persembahan buat peminat. Bagi saya, ada pelbagai muzik antaranya tradisional, balada mahupun pop. Saya gemar pada elemen tarian dan kejutan dimana ini adalah ‘trademark’ Siti Nurhaliza yang dinantikan,”
-sambungnya lagi
SOKONGAN DAN KERJASAMA
Konsert Legacy 30 anjuran SN Legacy Sdn Bhd dan Radar Rezki [M] Sdn Bhd ini mendapat sokongan Penuh Dari Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures Dan Kementerian Perlancongan, Seni Dan Budaya

