Pasti ramai yang tahu Michael Learns To Rock {MLTR} telah mengadakan konsert di Arena of Stars, Resorts World Genting sempena Konsert Jelajah Take Us To Your Heart. Bagaikan orang mengantuk di sorong bantal, terus bersetuju bila diberi jemputan untuk menonton Konsert ini.
KONSERT JELAJAH TAKE US TO YOUR HEART
Kehebatan kumpulan dari Denmark ini tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ada yang kata mereka sudah berusia tetapi apabila mereka membuat persembahan, ianya masih seperti dulu lagi. Terutamanya buat anda yang membesar dengan lagu mereka
PEMINAT SETIA HADIR
Konsert Jelajah Take Us To Your Heart ini bermula tepat jam 6 petang. Walaupun cuaca diluar Arena of Stars mulai Sejuk, itu tidak bermakna kami tidak bertenaga. Anda semua silap. Apabila lagu Someday Dan Sleeping Child didendangkan semua turut sama menyanyi.
Ahli MLTR Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (gitar), dan Kåre Wanscher (dram) bukan saja membuktikan mereka masih utuh dalam industri hiburan tetapi masih hebat diatas pentas. Setiap persembahan dipastikan yang ianya persembahan yang terbaik untuk dipotretkan dalam simpanan.
KONGSI CERITA KONSERT PERTAMA
Rupanya ini bukan kali pertama MLTR mengadakan konsert di Malaysia. Mikkel berkongsi dengan para peminat yang hadir dimana persembahan kali pertama telah diadakan 30 tahun lalu. Ya betul, pada tahun 2014 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang ketika itu cuma 300 penonton hadir.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk MLTR datang ke Kuala Lumpur. Jatuh cinta dengan peminat disini menjadikan MLTR kembali lagi untuk menghiburkan para peminat yang disayangi.
PUAS KAH?
Memang tidak puas walaupun Konsert berlangsung Selama 2 jam tanpa henti. 18 buah lagu dinyanyikan oleh MLTR tapi seakan Masih ada yang belum dinyanyikan. Lagu hits dalam album yang telah menaikkan nama mereka juga dinyanyikan bersama peminat.
Antaranya 25 Minutes, The Actor, Paint My Love, dan Take Me To Your Heart yang mendapat sambutan hangat apabila MLTR mengajak menyanyi tanpa alunan Muzik. Rata-rata yang hadir memang hafal Dan ‘sing a long’ sekali!
AKUSTIK PUN ADA?
I’m Gonna Be Around, Nothing To Lose, dan Out Of The Blue . Ini tiga lagu yang disampaikan secara AKUSTIK diiringi alunan gitar oleh Mikkel Dan vokal Jascha membuatkan lagu ini lebih dihayati.
Take Me To Your Heart dan That’s Why (You Go Away) yang dinyanyikan apabila kembalinya untuk encore membuatkan lagi MALAM yang indah Dan penuh kenangan. Setiap bait dengan gabungan lpersembahan pastinya membuat MALAM ini penuh bermakna.
Tidak hanya lagenda Muzik tetapi mempunyai ruang HATI dalam peminat setia yang PASTI inginkan MLTR kembalinya untuk konsert lagi di sini.