Arjit Singh gegar Axiata Arena dan menjadikan ianya Konsert Bollywood Terbesar di Malaysia.
KONSERT BOLLYWOOD TERBESAR MALAYSIA
Dikatakan konsert Bollywood Terbesar di Malaysia apabila hampir 10,000 hadir di Axiata Arena, Bukit Jalil untuk menyaksikan penyanyi sensasi Bollywood – Arjit Singh. Konsert yang dianjurkan oleh Hitman Solutions bersama Cinestar Events ini telah membuktikan populariti bintang India ini yang semakin meningkat di rantau ini.

LEBIN 50 LAGU HIT DIDENDANGKAN
Dalam persembahan yang berlangsung selama lebih tiga jam, Arijit Singh berjaya memukau penonton dengan hampir 50 lagu hit terbaik beliau. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan termasuklah “Janam Janam” dari filem Dilwale, “Ae Dil Hai Mushkil”, “Tum Hi Ho” dari Aashiqui 2, “Bekhayali” dari Kabir Singh, “Kesariya” dari Brahmastra, dan lagu terbaru “Chaleya” dari filem Jawan.
KALI KETIGA ARJIT SINGH KE MALAYSIA
“Ini merupakan kali ketiga kami membawa Arijit Singh ke Malaysia, dan sambutan yang kami terima sangat luar biasa. Semangat dan tenaga yang ditunjukkan oleh ribuan peminat benar-benar menakjubkan.”
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group, Encik Rohit Rampal
Konsert ini turut menarik peminat bukan sahaja dari Malaysia, malah dari seluruh Asia dan dunia. Kepopularan Arijit Singh semakin meningkat di peringkat global. Malah beliau kini diiktiraf sebagai artis lelaki yang paling ramai diikuti di Spotify, mengatasi bintang antarabangsa seperti Taylor Swift dan Ed Sheeran.

Penampilan Arijit Singh kali ini amat dinantikan peminat tempatan kerana persembahan terakhir beliau di Malaysia adalah hampir sedekad yang lalu, pada tahun 2014 di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre.
MUZIK BOLLYWOOOD DI MALAYSIA MASIH ADA PEMINAT
Encik Yogesh Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif Cinestar Events turut berkongsi kejayaan konsert ini: “Konsert ini membuktikan bahawa peminat muzik Bollywood di Malaysia sangat menghargai bakat seni Arijit Singh. Kejayaan ini bukan sahaja kerana persembahan yang luar biasa, tetapi juga hasil kerjasama erat antara Hitman Solutions dan Cinestar Events.”

SOKONGAN DARI PENAJA
Konsert yang mendapat sokongan pelbagai penaja termasuk XRealty Australia, Experience India – Kashi Tours, dan Malaysia Airlines ini merupakan bukti komitmen Hitman Solutions dalam membawakan hiburan berkualiti tinggi ke Malaysia. Ini selepas kejayaan konsert “Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia” dan “NE-YO: Live in Malaysia” baru-baru ini.
Menurut Encik Rohit Rampal, mereka berharap dapat terus membawa lebih ramai bintang Bollywood ke Malaysia pada masa akan datang, memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat tempatan.
