KONSERT TIBA MASA DATUK ZAINALABIDIN, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah dengar lagu Hijau, Ikhlas Tapi Jauh, Orak Arek mahupun Puteri? Jika pernah dan anda minat pada penyanyi ini, ada berita baik untuk anda
KONSERT TIBA MASA DATUK ZAINALABIDIN
Datuk Zainal Abidin mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa beliau akan mengadakan sebuah konsert. Ini sempena meraikan ulangtahun ke 40 pembabitannya di dalam industri seni tanah air.
Diberi nama “Tiba Masa… Zainalabidin” akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2023 di Panggung Sari, Istana Budaya.
PERSEMBAHAN SELAMA 2 JAM
Bakal mengadakan persembahan tanpa henti selama 2 jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen.
HEADWIND ADA KE?
Di samping itu, turut menjadi tarikan konsert “Tiba Masa” adalah kemunculan istimewa kumpulan Headwind yang bakal membuat persembahan bersama Datuk Zainalabidin.
Lagu-lagu hit mereka seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin, dan Hanya Di Radio.
Kali terakhir kemunculan Headwind bersama Datuk Zainalabidin dalam sebuah persembahan adalah sewaktu konsert Datuk Zainalabidin pada 5 tahun yang lalu.
SEDIKIT INFORMASI
Lebih dikenali dengan Zainalabidin atau Zainal Headwind antara penyanyi lelaki malaysia yang terkenal. Sebelum bergerak solo pada tahun 1989, memulakn kerjaya sebagai vokalis kumpulan Headwind.
Album solo pertama telah menggunakan namanya sendiri sebagai judul album dibawah label Roslan Aziz Production 1991.
GENRE MUZIK DUNIA?
Terkenal dengan lagu-lagu yang bergenre muzik dunia dan kerohanian yang banyak berkisarkan tentang kasih sayang, kemanusiaan dan juga alam sekitar.
Setiap lirik yang dinyanyikan berjaya mencuri perhatian para pendengar dan diterima oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Ketahui kisah-kisah di sebalik tabir sekitar persiapan Datuk Zainalabidin untuk konsert di laman media sosial Facebook dan Instagram @tibamasa.zainalabidin
HARGA TIKET
Dipersembahkan oleh BSync Live dan X-FWD Management, tiket-tiket konsert akan mula dijual pada 4 Ogos 2023 dengan menawarkan enam tier tiket.
Bermula pada RM169 untuk tempat duduk Aras 2 sehingga RM865 untuk tempat duduk kategori Emas.