ini antara festival untuk tahun 2024 yang dinantikan dimana sambutan 2 festival selamat 2 tahun berturut-turut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung – Atas Angin Festival 2024.
ATAS ANGIN FESTIVAL 2024
Bakal mengegarkan Rooftop di tingkat 7 MyTown Cheras pada 3 Ogos ini dengan lebih besar dan berbeza dari tahun lepas. Kemunculan kali ini akan menjadi lebih luar besar dan lebih luar biasa.
101 BARISAN ARTIS?
Betul dan ia memang betul! Atas Angin MY bakal membawa 101 barisan artis tempatan dan 5 pentas yang akan menampilkan persembahan yang hebat berlangsung pada masa yang sama dalam hari yang sama. Melakar sejarah peribadi dimana Atas Angin MY mengimpikan untuk menjadi penganjur yang melakukan festival indie terbesar di Asia Tenggara.
5 PENTAS BERBEZA
Akan dibahagikan kepada beberapa Lima pentas antaranya Soundloud, Indienasional, Burn Tau, Kongsi Suara Dan Rising. Mengangkat nama Dan Bakat artis-artis tempatan ini adalah tujuan utama festival Kali ini. Antara artis yang bakal membuat persembahan adalah seperti Bittersweet, Alleycats, Hyper Act, Amir Jahari Dan Estranged.
Ada juga IamNEETA, Iqbal M., Jemputan Dengar, Aizat Amdan, 6IXTH SENSE, Budak Nakal Hujung Simpang, Kyoto Protocol Dan ramai lagi yang bakal mendendangkan selamat 15 jam tanpa henti bermula dari 9 pagi.
BAKAL MEMBERI IMPAK PADA NEGARA
“Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival Kali ini lain daripada yang lain. Festival ini sedikit sebanyak dapat mengubah corak pertunjukan festival di Malaysia Dan bakal memberi impak pada negara.
Perjalanan Atas Angin MY selamat 6 tahun Dan membawa festival ini telah menunjukkan bahawa kami sendiri sudah membangun dan berkembang dengan lebih matang dalam mengaturkan segala acara,’
-kongsi Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam, Pengarah Projek Atas Angin Festival 2024.
HARGA TIKET
Jualan tiket KINI berada di fasa ketiga Dan pada yang Masih belum mendapatkan tiket boleh dapatkah di laman sesawang.
-Solo – RM 159.00
-Duo – RM 300.00
-Group untuk 4x – RM 556.00
*harga tidak termasuk dengan caj pemprosesan