KOLEKSI RAYA AEON 2022 JANJI RAYA PENUH MAKNA, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah shopping baju raya ke belum? Tahun nie berapa pasang dan tema warna apa?
Buat anda yang masih belum lagi membeli dan masih mencari, apa kata jom ‘usha’ koleksi raya yang bakal menarik perhatian!
KOLEKSI RAYA AEON 2022
Memandangkan tahun ini raya bakal meriah, AEON Malaysia tidak terkecuali untuk turut serta dalam kemeriahan semua. Raya yang dinantikan buat semua kerna 2 tahun masing-masing tidak dapat beraya bersama dengan orang yang tersayang.
RAYA PENUH MAKNA
Untuk tahun ini, AEON mengangkat tema trend fesyen ‘Raya Penuh Makna’. Pelbagai maksud dan tafsiran dari tema ini. Bagi KP, Raya kali amat berlainan. ‘Raya Penuh Makna’ dimana semua bakal berkumpul dan berkongsi cerita gembira mahupun sedih, al-maklum 2 tahun tidak berjumpa.
Sebut pada koleksi pakaian AEON, antara yang memang menjadi pilihan KP dari dulu lagi adalah Scarlet dan Puteri. Rekaan-nya semua ‘up to date’ mengikut trend terkini. Tak sah kalau singgah AEON tak bawa balik sehelai !
Baca : AEON Star Rewards -Chef Wan
KOLABORASI DALAM KOLEKSI RAYA AEON 2022
AEON Alpha Angle Kuala Lumpur baru-baru ini memperagakan koleksi Raya 2022 buat para pengunjung. Antara koleksi yang berkolaborasi adalah F.O.S, Jasmina, Anggun Cotton Collection dan Behati.
Behati
Anggun Cotton Collection
F.O.S
Ini diantara yang sempat dirakam dan pasti anda akan jatuh hati apabila melihat rekaan-nya. Bukan saja digayakan untuk di pagi raya tetapi juga untuk ziarah dan sebagainya.
Untuk jenama ‘in-house’ AEON yang turut serta dalam kolaborasi kali ini seperti Scarlet, Puteri, Arcadia. Tized, Agenda, Creme. Guys’ Vision dan Suave.
Arcadia
Guys’ Vision
KONGSI PUAN LOW NGAI YUEN
Sememangnya Hari Raya 2022 adalah di antara perayaan yang ditunggu oleh semua. Mana taknya sudah lebih 2 tahun tidak bersemuka. Jadi perlu lah memakai pakaian yang cantik sewaktu bertemu yang tersayang.
Dalam rekaan kolaborasi yang ada kali ini, ada yang minimalis dan ada juga fashionable. Bukan saja baju melayu atau baju kurung, ada juga baju kasual ye. Pasti ada yang bakal memakai-nya untuk ziarah-menziarahi, bercuti mahupun ke pejabat.
– Puan Low Ngai Yuen Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Co. (M) Bhd
Jasmina
Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran menarik sempena Koleksi Raya AEON 2022. Ada koleksi baju tu siap diberikan ‘mask’ percuma bersesuaian dengan rekaannya. KP dah siap sambar 2 pasang dalam diam tak diam ..