KOLEKSI LARRIE MUSIM BUNGA/PANAS 2025, DILANCARKAN!

Peraduan TRAVEL WITH LARRIE Berakhir Dengan Jayanya, Larrie Lancarkan Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 dan Kempen Green Check-out Mastercard

KOLEKSI LARRIE MUSIM BUNGA/PANAS 2025

KOLEKSI LARRIE MUSIM BUNGA/PANAS 2025

Pelancaran koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 Larrie baru-baru ini telah diadakan di Lalaport BBC. Para jemputan dan wakil media disajikan dengan pratonton eksklusif kempen dan rekaan terbaru dari Larrie, paastinya mencetuskan keterujaan untuk musim akan datang.

PICKELBALL?

Tema “Pickleball” dipilih adalah bertujuan untuk menunjukkan keselesaan dan sokongan kaki dari produk tapak dalaman kasut Larrie.

Direka dengan teknologi lantunan semua, yang bersesuaian dengan segala aktiviti termasuklah berolahraga. Antara koleksi yang dipamerkan pada hari pelancaran,

PEMENANG TRAVEL WITH LARRIE

Peraduan “Travel with Larrie” ditutup dengan jayanya dengan majlis sambutan yang bertemakan “Pickleball’ di pusat membeli belah Lalaport, BBCC.

Tiga pemenang telah dipilih untuk memenangi hadiah utama peraduan tersebut. Majlis juga dihadiri lebih dari 150 tetamu yang terdiri daripada wakil media, pempengaruh media sosial dan sahabat Larrie yang lain.

Majlis juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertunjukan fesyen terkini dari koleksi Larrie Musim Bunga/Panas 2025, penyampaian hadiah kepada 3 pemenang utama peraduan “Travel with Larrie’ serta pengumuman kempen Green Checkout bersama Mastercard. Para jemputan juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan serta cabutan bertuah.

Dengan hadiah melebihi RM33,000, peraduan “Travel with Larrie” telah menarik penyertaan yang tinggi, dengan acara kemuncak adalah pengumuman tiga pemenang utama.

Peraduan yang berlangsung dari 1 September 2024 hingga 31 Oktober 2024, adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan setia Larrie untuk memenangi hadiah melancong ke destinasi Impian mereka.

KEMPEN GREEN CHECKOUT BERSAMA MASTERCARD & LARRIE

Larrie dengan bangganya melancarkan kempen Green Checkout dengan kerjasama Mastercard. Inisiatif ini menyepadukan usaha penanaman pokok dan penghutanan semula ke dalam pengalaman membeli-belah dalam talian.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Larrie terhadap kelestarian alam sekitar, kempen ini membolehkan pelanggan menyumbang kepada penanaman pokok dengan setiap pembelian.

GREEN CHECKOUT

Di bawah program Green Checkout, pelanggan yang membelanjakan RM250 atau lebih secara automatik menyokong usaha penghutanan semula. Inisiatif ini menyasarkan pengguna yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar.

Menawarkan mereka cara untuk memberi impak positif melalui pilihan membeli-belah mereka sambil membiayai program penghutanan semula dan mempromosikan masa depan yang lebih hijau.

Koleksi terbaru Larrie ini boleh didapati di semua pusat membeli belah utama seluruh negara dan atas talian di larrieconceptstore.com dan larrieshoes.com. Kedai rasmi Larrie juga boleh didapati di Shopee, Lazada dan Zalora. Harga bermula dari RM 99 sehingga RM 239.90. 

Website Larrie |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge