KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025, APA YANG BEST?

Koleksi Hikayat Ariani karya seindah busana sediakan lebih dari 300 pilihan hijab, 300,000 baju raya sempena Aidilfitri.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI

Menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, ARIANI kembali ke pentas peragaan dalam mempersembahkan koleksi HIKAYAT ARIANI KARYA SEINDAH BUSANA. Kali ini sambutan bertempat di Grand Ballroom Kuala Lumpur Convention Centre.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

KOLEKSI AIDILFITRI

Koleksi ARIANI kali ini mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan. Sebanyak 158 daripada 600pilihan hijab dan busana terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan. Ianya dipertontonkan kepada 1000 tetamu yang hadir pada majlis pertunjukan fesyen.

MERAIKAN KEBERSAMAAN BERSAMA YANG TERSAYANG

Menurut Datin Seri Farah Haryani, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, di dalam ucapannya,Aidilfitri bukan sekadar berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai serta saling bermaaf-maafan. Tetapi juga tentang meraikan kebersamaan bersama keluarga dan insan tersayang dalam persalinan baju baharu.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

Tidak kira mahal atau murah, baju raya menjadi simbol kebahagiaan dan kenangan yang memberikan nilai sentimental kepada pelanggan kami dalam menyambut lebaran.

REKAAN TUDUNG

Bermula dari rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung instant, koleksi ARIANI ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab polos dan printed yang merangkumi.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

-50 rekaan bawal satin dan twill bercorak.
-100 rekaan bawal voile bercorak
-50 selendang bercorak dalam material cotton, satin dan chiffon
-100 rekaan selendang dan bawal polos yang diperincikan dengan diamand dan sulaman dan didatangkan dalam 60 pilihan warna hot selling raya.

ARIANI LUXE

Tidak sekadar itu, ARIANI LUXE pula menampilkan lebih 100 rekaan eksklusif dengan perincian French lace dan kemasan kristal Swarovski. Formulasi tudung premium dengan sentuhan artisan menjadi salah satu tarikan utama koleksi lebaran kali ini.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

Terdiri daripada bawal dan selendang bercorak, sehinggalah ke tudung polos, semuanya didatangkan dalam material berkualiti tinggi.

MUSE ARIANI LUXE 2025

Pelakon sensasi Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta, berjaya memukau danmengejutkan tetamu yang hadir dengan membuka tirai pertunjukan fesyen petang itu, sebagai Muse ARIANI LUXE 2025.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

Masih berbisa dengan aura primadona, Che Ta kelihatan angun dan cantik bergaya memperagakan tudung dari ARIANI LUXE. Pernah menjadi wajah kempen ARIANI pada tahun lalu, Che Ta meluahkan rasa teruja dan bersyukur menjadi sebahagian keluarga besar ARIANI, meskipun dihimpit kontroversi.

READY TO WEAR

Meneruskan pertunjukan fesyen ARIANI pada petang itu, acara tertumpu kepada koleksi ARIANI READY-TO-WEAR. Menurut Datin Farah Haryani, sebanyak 300,000 helai baju raya yang terdiri daripada kurung, jubah, kurta dan baju melayu disediakan untuk lebaran kali ini.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

Meskipun hanya 158 rekaan sahaja dipertontonkan pada pertunjukan fesyen kali ini, hakikatnya ARIANI RTW mempunyai 300 rekaan terkini yang terdiri daripada baju kurung dan jubah bercorak.

Serta polos di mana saiznya bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja sehinggalah saiz dewasa yang didatangkan dalam hampir 10 material berbeza. Termasuklah cotton, satin, twill, brocade serta yang terbaru chiffon, crepe, jacquard dan banyak lagi.

ARIANI PREMIUM

Masih mengekalkan tiga pesona jelitawan Malaysia, Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally sebagai duta ARIANI serta Fyza Kadir sebagai Muse ARIANI PREMIUM.

KEMPEN RAYA ARIANI 2025

Tidak cukup dengan empat figura ini, ARIANI juga turut memperkenalkan 11 wajah baharu untuk kempen raya ARIANI 2025 termasuklah Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

Juga Aqila Shamsudin, Amar Baharin, Naim Danial, Roy Azman dan Ezzaidi Aziz, di samping turun bekerjasama dengan rakan-rakan pempengaruh Tiktok yang lain.

KOLEKSI ARYAN

Majlis pada petang itu dihangatkan dengan pertunjukan fesyen dari koleksi ARYAN. Penampilan hero-hero Malaysia yang terdiri daripada Dato Rahim Razali, Dato Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman dan Zarul Umbrella.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

Kehadiran mereka menggamatkan suasana dalam persalinan baju melayu dan kurta mengembalikan nostalgia kegemilangan lakonan mereka suatu ketika dahulu.

LIBERTY X ARIANI

Kemuncak majlis pada petang itu diserikan dengan satu lagi kejutan kolaborasi istimewa antara ARIANI bersama LIBERTY LONDON, yang merupakan sebuah gedung fesyen mewah yang terkenal di London.

Selain menawarkan pilihan fabrik yang berkualiti dengan corak bunga ikonik,
LIBERTY juga menawarkan fesyen ready to wear, aksesori wanita, barangan kecantikan dan dekorasi rumah dengan sentuhan klasik dan unik.

Koleksi LIBERTY X ARIANI ini menampilkan 5 rekaan potongan tradisional dengan empat pilihan corak evergreen dari LIBERTY sebagai simbolik
mengangkat nilai budaya Malaysia bersama jenama antarabangsa.

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu turut diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Dato’ Amy Search, Dato’ Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah.

KOLEKSI HIKAYAT ARIANI 2025

Majlis pertunjukan fesyen pada petang itu dianggap antara penganjuran pertunjukan fesyen terbaik dan termahal yang pernah dianjurkan oleh ARIANI.

Majlis yang penuh gemilang itu turut dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangorvv

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge