KING OF THE GRILL DI THE PEARL, THE BEST!

Peminat seafood atau yang gemar membakar ‘grill’ ini berita untuk anda! Untuk bulan ini, jangan lupa singgah untuk menikmati hidangan ‘King of The Grill’.

KING OF THE GRILL

Untuk King of The Grill kali ini berlokasi di MELO Cafe & Deli di The Pearl, Kuala Lumpur. Antara lokasi yang disyorkan jika anda memang menggemari hidangan seperti ini. Mana taknya, tempat luas dan selesa untuk menikmati bersama rakan-rakan mahupun keluarga yang tersayang.

JUMAAT DAN SABTU

Bufet BBQ ‘King of the Grill’ yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam. Menawarkan lebih daripada 80 pilihan hidangan unik untuk dinikmati.

Pilihan ayam, daging, seafood atau makanan laut yang segar bagai baru dipukat dan diperap menggunakan resipi tersendiri. Bila dibakar atau digril menjadikan ianya lebih sempurna dan sedap untuk dinikmati.

Baked oyster with cheese

Plihan seafood yang segar

PILIHAN MENU GRILL

Pilihan terkenal dari menu Grill berasaskan daging, ayam dan makanan laut merangkumi Bahu Kambing Mongolia, Daging Panggang Bersama Paprika Dengan Herba Mini, Ikan Mentega Cili Halia yang dibalut dengan Daun Pisang.

Ada juga Paparika with herb mini beef steak

Korean Style Boneless Chicken

Sotong Kam Heong

Smoked BBQ Tiger Prawn – memang Layan best !

Sosej Daging Ayam.

Jagung bakar and vegetable skewers

Ada juga, jadi tidak perlu risau dimana dibuffet BBQ kali ini turut disajikan juga hidangan makanan Jepun seperti sashimi salmon, sup miso, chawanmushi dan juga Gyoza.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis menu pembuka selera, salad, tiram segar, Pizza, hidangan utama, pencuci mulut dan pelbagai pilihan menu menarik yang lain!

HARGA KING OF THE GRILL

–Dewasa – RM118
-Kanak-kanak [4 tahun hingga 12 tahun] – RM68
-Warga Emas [60 tahun ke atas] – diskaun 20%
-Individu OKU – juga mendapat diskaun 20%
• Setiap pembelian 2 dewasa, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun akan menikmati BB! secara percuma

Jika menyambut kelahiran , boleh menikmati buffet BBQ secara percuma dengan pembelian 1 dewasa ditawarkan untuk sekali penebusan. Untuk tempahan sila layari dan hubungi

Website The Pearl| Contact 03-7983 1111 ext: 3203| Email: enquiry@pearl.com.my

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge