5 RESEPI LAKSA WAJIB CUBA, PASTI BEST!

Tahukah anda yang laksa bukan hanya satu tapi ada pelbagai laksa di dalam Malaysia sendiri. Ini dikongsikan 5 resepi laksa wajib cuba dimasak.

LAKSA

Dikatakan sejenis hidangan mi berkuah yang boleh didapati di kalangan masyarakat Cina Malaysia, Baba Nyonya dan juga Melayu. Bahan utama yang biasa untuk dibuat kuah adalah seperti bunga kantan, daun kesum, asam gelugur.

LAKSA UTARA

BAHAN UNTUK KUAH

5-7 ekor ikan kembong (saya biasa guna ikan kembung, ikan lain pun boleh maca sardin dan sebagainya) saiz ikut besar ikan. Kalau kecil tambah jadi 10 ekor. Sebolehnya mesti ikan segar.
5-10 biji cili kering (ikut tahap kepedasan yang digemari)
1 biji bawang besar saiz sederhana hingga besar.
5 ulas bawang merah.
1-2 cm belacan.
5-6 keping asam gelugur (asam keping).
Daun kesum / bunga kantan.
Garam / Serbuk perasa (jika suka)
Air kosong ikut kesesuaian.

BAHAN LAKSA DAN TABUR

1-2 bungkus laksa (dicelur sehingga lembut)
Daun selom / daun putat / pucuk gajus / ulam raja.
Bawang besar.
Limau nipis.
Telur rebus.
Cili padi.
Semua bahan-bahan ni di potong halus dan mengikut kesukaan anda. Kalau di Kedah, selalunya laksa tak di makan dengan daun salad. Lain rasanya.

CARA BUAT KUAH LAKSA

-Rebus ikan masukkan 2 keping asam jawa dan sedikit garam dalam air rebusan. Setelah masak ,asing isi ikan dengan tulangnya dalam bekas yang berlainan. Air rebusan diguna untuk buat kuah
-Masukkan isi ikan ke dalam blender dan kisar seketika dengan sedikit air. Jangan kisar terlampau halus biar sedikit kasar. Tuangkan isi ikan kedalam periuk yang ada lebihan air kukusan tadi
-Mesin pula tulang dan kepala ikan bersama air sehingga halus. Tapis airnya dan masuk dalam periuk tadi
-Cili kering direbus dan dikisar bersama dengan bawang besar, merah dan belacan hingga halus. Masukkan ke dalam periuk kuah semula. Masakkan dengan api sederhana
-Masukkan daun kesum, bunga kantan yang telah dipotong, garam dan serbuk perasa serta asam keping
-Masak sehingga mendidih dan rasakan kuah biar cukup rasa. birakan mendidih atas dapur seketika. Sedia untik dihidang bersama laksa dan bahan tabur tadi. Jangan lupa letak otak udang

PS: nak lagi sedap, simpan kuah semalaman

LAKSA SARAWAK

Pes Laksa Sarawak – (200 gm)

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

UNTUK 6 ORANG MAKAN

200 g pes atau perencah laksa
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

SAMBAL UDANG KERING

6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula

CARA BUAT PES LAKSA

-Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda(*)
-Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*)
-Panaskan minyak, Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula kacau rata.
-Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama

UNTUK MASAK LAKSA

-Sediakan 2 liter air dalam periuk, panaskan dan kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Toskan udang dan air rebusan jangan dibuang. Masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
-Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula
-Masukkan mihun ke dalam mangkuk dan letakkan bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi
-Hidangkan panas-panas dan untuk sedapkan lagi rasanya masukkan sedikit sambal udang kering

MASAK SAMBAL UDANG KERING

-Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak
-Perasakan dengan garam dan gula juga masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat

LAKSAM KELANTAN

BAHAN-BAHAN LAKSAM

2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cwn air suam

KUAH LAKSAM

1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
sedikit halia
5 biji bawang merah
sedikit serbuk lada hitam
3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit asam keping
sedikit gula

MEMBUAT LAKSAM

-Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dalam setengah jam
-Sementara itu sediakan periuk kukusan atas api
-Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang andai tidak ada loyang
-Letak punggan didalam periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.
-Keluarkan dan tunggu hingga suam dan gulung, Gunting sederhana tebal

BAGI CARA BUAT KUAH

-Rebus ikan dengan air dalam periuk . Air parasa sama dengan paras atas ikan.
-Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
-Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang. Buang tulang ikan
-Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisar dalam periuk
-Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu asam keping dan sedikit gula.
-Masukkan santan dan masak hingga kuah agak pekat dan tutup api.

UNTUK ULAM

-Hiris halus dan campurkan kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan dan daun ketumbar
-Direndam dalam air panas sebentar untuk taugeh
-Buang kulit, buang tengah dan hiris panjang untuk timun

SAMBAL

-Rebus cili selama 5 minit
-Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam
-Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis

Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman

LAKSA JOHOR

BAHAN-BAHAN


● Spagetti 1 paket (direbus)
● 1 kilo ikan kembung / parang – direbus (ambil isi)
● 1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan sedikit santan cair)

Bahan-bahan yang perlu dikisar halus
● 15 ulas bawang merah
● 5 ulas bawah putih
● 3 inci lengkuas

Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)
● 3 batang serai
● 300 gm udang kering

Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)
● 150 gm ikan kurau kering

Bahan (C)
● Kerisik
● Santan kelapa
● Garam dan serbuk perasa

UNTUK ULAM

-Taugeh
-Daun kesom dan daun selasih.
-Lobak Asin
-Sambal belacan
-Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
-Limau Kasturi

CARA MENYEDIAKAN

-Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
-Pastikan tumis hingga garing, masukkan bahan kisar B dan C. masukkan juga isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan bila kuah sudah mendidih masukkan kerisik
-Biar kuah masak lama sedikit agar rasanya sebati.
PS: nak lagi sedap, simpan kuah semalaman

ASAM LAKSA

Sumber : Kegemaran Malaysia

UNTUK BAHAN ASAM LAKSA

1 bungkus laksa – direbus – ita beli yg dah siap punyer…
1 kg ikan kembung atau ikan selayang – disiang dan dicuci bersih – guna ikan kembung
1 liter air
5 biji cili merah – dibuang biji dan dikisar lebihkan cili
5 biji cili padi – dikisar – ita tambah
2 cm belacan – dikisar
5 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
5 keping asam gelugur – lebihkan sebab suka masam2
1 tangkai daun kesum – letak lebih sikit sebab suka bau dia…
2 kiub ikan bilis – tambah
garam secukup rasa

CARA PEMBUATAN

-Rebus ikan dan ambil isinya
-Isi ikan tadi diahancurkan kasar-kasar. Tulang ikan dan air rebusan ikan tadi dikisar halus dan tapi ambil airnya sahaja
-Air tapisan itu kemudian dikisar bersama dengan bahan-bahan kisar


-Masukkan air rebusan ikan dan isi ikan kedalam periuk. Kemudian masukkan bagan-bahan yang dikrasr bersama asam gelugur dan daun kesum.
-Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih dan masukkan kiub ikan bilis dan garam secukup rasa.
-Biar sehingga kuih merened dan boleh dihidangkan bersama bahan ulam-ulaman

Credit resipi : Facebook Sri Sal

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge