KERJASAMA AEON x KLOTH CARES, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda semua Hari Alam Sekitar Dunia jatuh pada 5 Jun setiap tahun. Kali ini jom kite ‘join’ insiatif dari AEON
AEON x KLOTH CARES
AEON CO. (M) (AEON) meneruskan insiatif bersama dengan KLOTH CARES untuk kempen terbaru yang berlangsung semalam. Anda bakal menemui tong kitar semula di cawangan AEON mall dan AEON BiG terpilih.
Insiatif kitar semula adalah salah satu usaha AEON dalam memperkasakan insiatif kemampamannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.
AEON KOMITED
“Komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif pada komuniti.
AEON kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah di selaraskan dengan prinsip teras kepada manusia, keamanan dan komuniti.
Berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama.
Dengan komuniti sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka.
-kata Azli Mohamed, Ketua Pengawai Usahasama dan Kelestarian AEON.
KERJASAMA DENGAN KLOTH CARES DAN RAKAN PENGASAS
Dengan melaksanakan insiatif ini, pihak kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Kloth Cares.
Bukan Kloth Cares saja tetapi juga dengan rakan pengasas seperti Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM).
Bakal membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk di tempatkan di pusat beli-belah pilihan kami.
BERAPA TONG KITAR SEMULA
Terdapat 38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun kempen AEON X KLOTH CARES.
Dirasmikan di AEON Alpha Angle, Wangsa Mahu turut dihadiri oleh Ummi Kaithum Shuib – PengarahWilayah Persekutuan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam.
Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, penampilan adik Kumika Kufaizul menceriakan para pengunjung yang turut hadir dengan pantun GoGreen.
Jadi jangan lupa untuk turut serta dalam kempen dari AEON dimana sama-sama menjaga alam sekitar dunia.