Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ Melangkaui Jangkaan Terima Sumbangan 5,046 Helai Pakaian Terpakai
Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ dianjurkan baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia di mana ia telah berjaya mengumpul 5,046 helai pakaian terpakai berkualiti melangkaui jangkaan asal. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim merasmikan acara kemuncak kempen ini dengan majlis penyerahan sebahagian daripada pakaian terpakai yang telah dimikro bersih kepada para wakil dari 5 buah persatuan komuniti dari Lembah Klang yang diadakan di Mydin USJ minggu lepas.
Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’
Ianya adalah satu usaha yang dipercayai terbesar pernah diadakan untuk mengumpul, mengasing dan mencuci secara profesional pakaian-pakaian terpakai yang telah digunakan dengan cermat oleh rakyat Malaysia. Kempen ini dianjurkan dengan sasaran untuk membuka peluang bagi lebih ramai ahli masyarakat mencuba penemuan inovasi Micro-Clean Tech yang membolehkan pengguna mencapai tahap kebersihan baru yang mampu membersihkan kotoran yang kelihatan mehupun yang tersembunyi.
Sejumlah 30 buah persatuan komuniti akan menerima pakaian yang terpakai yang telah dimikro bersih melalui gerakan sumbangan besar-besaran yang dianjurkan oleh TOP bermula dari 7 Mac hingga 18 Mei 2017 di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor , Sarawak dan Sabah
“Kempen TOP ‘Pass It On’ amat selari dengan prinsip-prinsip Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kami amat menghargai kempen ini kerana ia mewujudkan satu kitaran budi di kalangan mereka yang telah secara sukarela menyumbang kepada mereka yang memerlukan,berkongsi pengalaman dan impian serta mengurangkan pembuangan berlebihan pakaian berkualiti. Ini merupakan kempen swasta-kerajaan masyarakat yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan, Wanita & Masyarakat untuk membantu lebih ramai orang disamping membina kesedaran dikalangan masyarakat bahawa mereka boleh menyumbang dengan pelbagai cara “
kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim sewaktu berucap
TOP adalah diantara pilihan utama bagi rakyat Malaysia dan masih memegang posisi nombor satu diantara jenama-jenama pencuci bahu . Selain itu juga terkenal dengan pakar Anti Bau Hapak yang kini diperkasakan dengan Micro-Clean Tech dengan Teknologi Anti- Sebum baharu yang dirumus khas oleh Lion Corporation Japan. Teknologi Micro-Clean Tech ini mampu membersihkan kotoran nyata dan tersembunyi dengan berkesan bagi memberikan pengguna kehidupan yang sihat.
Barisan produk Micro-Clean Tech dengan Teknologi Anti-Sebum TOP didatangkan dengan semua fungsi-fungsi terkenal TOP termasuklah teknologi anti bau hapak, anti debu hama, anti bakteria dan teknologi wangian FreshCare bagi kesegaran yang berkekalan sehingga 30 hari selepas pembasuhan
“TOP telah menjalankan sebuah jerayawara pendidikan dan kesedaran di pasaraya seluruh negara yang juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan untuk membolehkan masyarakat menyumbang pakaian terpakai yang telah digunakan dengan cermat. Langkah ini diambil kerana kami mendapati ketiadaan pusat pengumpulan agak menyukarkan bagi penyumbang. TOP mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna kami atas sokongan mereka dan kepercayaan yang diberikan kepada pencuci dengan Micro-Clean Tech untuk menyegarkan dan memperbaharui pakaian terpakai merkea sebelum di berikan kepada pengguna seterusnya. “
Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Corporation, Japan Ms Carmen Foo berkata
Bagi Santhini Kumar, 14 tahun dari Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor & Kuala Lumpur berkongsi ;
“Saya amat menyukai jaket ini. Sewaktu mnerimanya ia kelihatan seperti baru dan terasa baru jua berbau amat bersih. Saya amat menghargai individu yang berkongsi hadiah bermakna ini dan mengucapkan terima kasih kepada TOP kerana menjadikan hadiah ini lebih istimewa melalui usaha yang murni . Ianya satu perasaan yang hebat untuk memiliki sesuatu yang istimewa.
Teknologi Cucian- Mikro TOP dengan teknologi anti sebum ini boleh didapati disemua pasaraya atau hypermarket di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut boleh layari