Tahniah J&T Express Malaysia diatas kecemerlangan selama 6 tahun sebagai perkhidmatan logistik global terkemuka negara. Bersempena dengan ulang tahun yang ke-6 J&T Express Malaysia telah menganjurkan acara bazar besar-besaran di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.
KEMPEN #KASIJADI
Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen #KasiJadi J&T Express yang juga telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi.
BAZAAR ULANG TAHUN KE -6
Bazaar yang dianjurkan merupakan satu kejayaan yang cukup memberangsangkan ketana dapat menarik lebih 10,000 pengunjung yang datang. Sekaligus menjadikan ianya satu platform yang cukup meriah untuk vendor, usahawan dan orang ramai.
Acara yang berlangsung selama dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, persembahan secara langsung dan peluang melihat sendiri peristiwa penting dalam perjalanan J&T Express dalam industri e-dagang dan logistik.
PELUANG OLEH J&T
“Acara ini adalah cukup istimewa, Satu dedikasi jeoada masyarakat dengan mempamerkan pertumbuhan, dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi mereka kepada masyarakat sempena ulang tahun ke-6 mereka.
Dengan Kempen #KasiJadi melambangkan peluang yang diwujudkan melalui J&T Express Malaysia, menyediakan platform untuk vendor dan pemain logistik untuk mendapatkan pendedahan jenama dan memaksimumkan segmen pasaran mereka,”
-kata En. Vincent Low, Naib Presiden J&T Express Malaysia.
ULANG TAHUN KE-6 J&T EXPRESS
Di J&T Express, kami menghargai akar umbi kami dan kekal komited untuk menghubungkan dunia dengan lancar melalui pendekatan berpusatkan pelanggan kami dan dedikasi kepada kecekapan.
Meraikan tahun ke-6 kami dengan kempen #KasiJadi, bermula dengan bazar ini, mempunyai makna yang istimewa untuk kami.
Pencapaian ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan perniagaan kami, kepercayaan pelanggan kami, dan kerja keras serta dedikasi pasukan J&T Express.
PENYELESAIAN LOGISTIK UNTUK SEMUA
Berpegang kepada falsafah perkhidmatan mereka iaitu “Pantas, Boleh Dipercayai, Inovatif,”. J&T Express Malaysia terus menyediakan penyelesaian logistik yang komprehensif kepada pelanggannya. Mencapai kejayaan yang luar biasa di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pada 2022, syarikat inintelah melabur RM 600 juta dalam membina pusat logistik baharu di Bandar Rimbayu. Secara rasmi disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada Oktober 2023.
KERJASAMA MELALUI FASSPAY
Baru-baru ini, J&T Express Malaysia juga telah bekerjasama dengan UOB Malaysia dan Fass Payment Solutions ( Fasspay). Menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh untuk pelanggan – membawa kemudahan selanjutnya di seluruh negara.
Komitmen kami terhadap ketepatan masa terbukti dengan mencapai kadar 97% dalam petunjuk ketepatan masa kami. Berkembang secara berterusan, kapasiti operasi harian kami pada tahun 2024 telah meningkat sebanyak 103.16% tahun ke tahun.
DEDIKASI KAMI
Mencerminkan dedikasi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang berkembang dengan keupayaan dan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan.
Ketika kami memasuki suku kewangan ketiga tahun ini, kami menyasarkan untuk melepasi rekod ini, membolehkan kami mengekalkan komitmen kami. Juga meningkatkan lagi perkhidmatan kami dengan memperkenalkan penyelesaian penyampaian baharu dan menambah baik infrastruktur digital kami.
J&T Express Malaysia beroperasi dengan kecekapan dan skala yang luar biasa. Dengan rangkaian meluas yang terdiri daripada lebih 600 cawangan yang terletak di kedudukan strategik di seluruh Malaysia. Disokong oleh lebih daripada 10 mesin ‘sorting’ automatik termaju dan lebih 3,000 kenderaan. Kami memastikan perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai untuk memenuhi permintaan pasaran.