Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kembali Kitchen Dengan Warisan Set Lunch Mulai 1 Sept 2018| Tak jauh kali ini KP mencari juadah untuk makan tengahari. Dengar menu yang agak ‘rare’ dihidangkan tanpa berfikir panjang terus drive ke sini untuk rasa sendiri menu yang ada. Restoran Kembali Kitchen lokasi yang dipilih untuk makan tengahari terletak di dalam Hotel Best Western Petaling Jaya tingkat 6.
Hidangan ini dikatakan promosi terbaru di Hotel Best Western dimana ia bermula dari 1 September 2018. Setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang setiap hari. Sebelum KP kongsikan menu yang ada nak inform yang harga Warisan Set Lunch ini cuma RM 15. Ya, RM 15 sahaja yang siap dengan satu menu pilihan dengan nasi putih, sayur-sayuran, sup kosong, keropok ikan dan bestnya siap ada air teh lemon ais.
Yang ini adalah gambaran Warisan Set Lunch bersama 3 menu pilihan yang boleh dipilih .Seperti yang KP kongsikan tadi, dengan RM15 bersih menu pilihan jom tengok apa menu pilihan
Rendang Ekor – sesuatu yang rare sebab jarang dengar sekali menu ini. Bagi KP rempah ratus yang digunakan terasa dan isi ekor tu lembut. Menu yang baru patut di cuba
Asam Pedas Ikan Pari – biasa nikmati asam pedas di luar sana, yang membezakan adalah bahan-bahan yang digunakan segar. Bukan setakat segar selain isi ikan, sayuran pun sedap terutama terung. Yang penting ikan tak hanyir tau .. Ayam Bakar Percik Kelantan – biasa akan jumpa hidangan ini sewaktu bulan puasa. Ayam bakar sedap cuma KP sukakan pedas. Lagi best kalau pedas. Buat anda yang confuse sekejap tentang warna sos dia, di Kelantan sos ayam percik berwarna putih. Tidak seperti di KL atau kawasan yang lain berwarna oren/merah
Nampak tak hidangan sampingannya. Penuh satu pinggan dari sup kosong, sedikit sayuran dan penting keropok ikan tu sedap dan rangup
Yang ini macam kerabu taugeh – kenapa KP kata sebegitu sebab siap dengan bawang, serai dan rasa seperti taugeh.Tak pernah makan sebelum ini tetapi boleh layan juga.. Kena makan dengan nasi baru lagi KICK
Tanpa air tercekik nanti, so air teh lemon ais dihidangkan sekali apabila memesan Warisan Set Lunch. So singgah jangan tak singgah
Promosi Hari Rabu
Hanya untuk hari rabu sahaja, jika order Warisan Set Lunch ada promosi dimana order 2 set tetapi cuma bayar pada 1 set. Menarikkan promosi yang ditawarkan.
Jadi jika nak buat tempahan call sahaja di 03-76102222. Untuk maklumat lanjut layari di
Website Best Western PJ :www.bestwesternpj.com.my
Facebook Best Western PJ : www.facebook.com/bestwestern.pj
Instagram Best Western PJ: www.instagram.com/bestwesternpj
ayam bakar percik kelantan tu, nampak macam sedap je sebab i suka masakan dari negeri sana, sweet sweet pedas dia memang kena dengan selera… bagusnya menitikkan makanan warisan .. nanti i go check this restaurant out..
eh bagus ni, tak de lah mahal sangat sesuai untuk makan tengahari, ermm boleh singgah cuba nie
ciklilyputih recently posted…DK IMPIAN @ DAMANSARA WEST, Kediaman Citarasa Anak Muda Masa Kini
Assalamualaikum dan selamat pagi sis nanie. Promosi hidangan tengahari yang menyelerakan ni. RUgi tak cuba. Terutama sekali waktu terhad je.
Ibu syurga recently posted…Air terjun Asahan Melaka 2019. Tempat mandi manda semulajadi terbaik!
nampak gambar makanan masa tengahari macam ni, makin riuh suara dalam perut minta di jamu. Kalau tempat ni dekat, nak juga cuba
Mama Hakim recently posted…Toner Aiken Tea Trea Oil! Selamat ke untuk kulit kering?
Nampak menarik habis makanan dieorang especially ayam percik tu. Tapi pelik sikit kenapa air teh lemon ais dieorang berbuih. Tak pernah lagi saya pergi mana mana kedai buat air teh lemon ais berbuih macam tu
Fadzi Razak recently posted…Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam
aihhh kak KP.meleleh dah ni.dahla waktu i komen ni waktu lunch hahaha.nanti nak g terjah la hotel ni.best dan murah je set dia 😀
semua menu dia nampak sedap.paling tak tahan ayam percik kelantan tu.favourite turun temurun hehehehe
Tengok gambar pun dah terliur. Pelbagai jugak lauknya. Nampak sedap. Harga pun not bad
set lunch ni nampak worth nya.. delicious.. nak pergi try try makan.. jom jom.. looks so yummy!
Alamak…sampai air liuh pun meleleh lah bila melihat set-set lunch yang sedap-sedap belaka ini. Yang paling saya nak cuba adalah ikan pari. Kus semangat. 😀
Tekkaus recently posted…Lovely By Billie Eilish & Khalid-A Haunting Song About Depression
Ayam Bakar Percik Kelantan tu memang nampak menyelerakan dan sangat menjadi kegemaran kita berlemak dan juga lazat bestnya boleh lah nak datang untuk cuba makanan kat sini hehehe tapi Nannie kena belanja boleh wakakkaka..
Mahamahu recently posted…Ombak Kitchen Makan Pakai Tangan Jer Biar Kotor Janji Puas
terliur betul tengok asam pedas ikan pari dan ayam percik kelantan.. nampak sedap sangat kak nannie.. huhu set RM15 memang okay sangat.. nanti nak cubalah
Aduhhh tgk menu semua mmg liez suka.. harga pun not bad..memang selera tgk ayam percik kelantan, asam pedas tu.. berbaloi dgn harga kan
Wahhh !! Dah lah murah. Dengan harga 15 ringgit lengkap satu set meal. Meal pulak nampak sedap sangat. Siap ada promosi lagi utk hari Rabu. Nak jugaklah cuba nanti !
ayam percik kelantan tu nampak tempting. set ni agak murah sebab dia ditawarkan di hotel..kalau kat luar lagi mahal rasanya..bolehlah ajak famili gathering makan2 kat sini hehe
wow so chea RM 15 je??so worth it n nampak so sedap ni..laparla…
Yang paling sis suka Asam pedas ikan pari dia..sedap sungguh..rasa cam nak repeat je lagi makan asam pedas kat sana..hehehe
Ada promosi terkini untuk orang orang pejabat yang lapar masa tengahari. Saya tak pernah makan lunch di hotel. Melainkan masa outstation. Hehe
azmi writer recently posted…Skytrex Adventure Shah Alam? Tempat Menarik Di Selangor 2018! Memang Best
Look good the main dish. make my saliva drooling and I want to try it also. the price is affordable and portion is quite generous.
Semua menu tu nampak sedap. RM15 untuk lunch memang murah dan berbaloi. Kalau pegi ramai boleh ambik menu lain dan rasa semuanya.