Biskut Pin Pin Snek Terbaru Dari Upin Ipin Mesti Cuba !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Biskut Pin Pin Snek Terbaru Dari Upin Ipin Mesti Cuba ! |Siapa suka tengok rancangan kartun Upin Ipin. Ala dua budak kembar comel yang selalu aja ada karenah mereka tersendiri dengan kehadiran Opah dan kak Ros, Kalau dari dulu anda mengikuti pastinya  tahu akan popularnya rancangan kartun mereka.

Mempunyai barang keluaran sendiri seperti beg, bantal,botol air dan lain lagi, kali ini melangkah satu tapak lagi dimana mengeluarkan biskut untuk anak-anak. Iya, biskut yang hadir dalam pelbagai perisa ini bakal menambat hati anak-anak.. KP sendiri pun dah jatuh hati dengan bungkusan luaran belum lagi rasa dan hadiah menarik didalamnya

Varian

Mempunyai 5 varian untuk dirasa dan ramuan yang digunakan untuk menghasilkan biskut ini adalah segar . Saiz biskut yang kecil dan rangup membuatkan anda makan berulang kali . Yang pasti dan utama ianya adalah HALAL ye. Jadi boleh makan tanpa was-was.

Snek Jagung Dengan Isian Coklat

Biskut Coklat

Biskut Berperisa Mentega

Wafer Snek Dengan Isian Vanilla

Snek Jagung Dengan Isian Strawberi 

Wafer Dengan Isian Coklat

Mainan Ada ke?

Yes, ini yang sebenarnya soalan pertama yang diaju bila Irfan dapat. Ada biskut sahaja atau ada mainan sekali, Anak-anak bila dapat tahu yang ada mainan disertakan dalam setiap kotak, pastinya meompat sukalahkan. Antara mainan yang adalah seperti LEGO untuk menguji pemikiran dan kreativiti. Tak tahu pasang tak apa ada juga manual disertakan

Tak gemar nak perah otak untuk memasang tak mengapa kerana di belakang kotak biskut ini ada juga aktiviti permainan untuk anak-anak. Aktiviti tu pun simple dimana masih lagi berkait dengan Upin dan Ipin

Cari Jalan Pulang

Cari nama yang tersembunyi 

Tak gemar nak perah otak untuk memasang tak mengapa kerana di belakang kotak biskut ini ada juga aktiviti permainan untuk anak-anak. Aktiviti tu pun simple dimana masih lagi berkait dengan Upin dan Ipin

Biskut PinPin ini telah berada di pasaran sejak tahun 2018 lagi tau. Dan kita boleh dapatkan di beberapa pasaraya terpilih seperti Mydin, BHP Petrol, KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya. Jadi jangan lupa singgah dan membeli perisa yang diminati ,. Gerenti puas hati punya

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge