Kau Yang Satu Arahan Osman Ali di Pawagam Mulai 27 Julai 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kau Yang Satu Arahan Osman Ali di Pawagam Mulai 27 Julai 2017 | Filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali adalah terbitan Astro Shaw, Global Station dan Nuansa Filem. Filem ini diadaptasikan dari novel Nia Azalea membariskan para pelakon Aaron Aziz (Taufiq), Izara Aisyah (Salina), Hisham Hamid (Zul) dan Dr. Soo Wincci (Isabella) sebagai watak utama. Cerita ini sudah dirakamkan 2 tahun lalu dan lokasi pengambaraan di sekitar Pahang, Selangor dan New Zealand.Kau Yang Satu

Ini adalah gandingan pertama Aaron Aziz dan Izara Aisyah di layar perak. Dr. Soo Wincci pertama kali membawa watak antagonis di layar perak. Novel Kau Yang Satu merupakan terbitan Alaf 21 dan diterbitkan pada tahun 2003. Berbalik pada filem ini KP suka akan pemandangan seperti filem filem yang pernah diarahkan oleh Osman Ali.

Sinopsis Kau Yang Satu

Dato Mustaza hampir lemas semasa keluar memancing di Laut China Selatan. Dia diselamatkan oleh Sulaiman, seorang nelayan. Di rumah Sulaiman, Dato’ Mustaza terpaku melihat kecantikan dan kesopanan anak Sulaiman, Salina. Pulang ke rumah, Dato’ Mustaza berbincang dengan isterinya untuk menjodohkan Salina dengan anak lelakinya yang bermasalah, Taufiq. Taufiq tidak setuju kerana dia sudah ada teman wanita, Isabella yang bukan beragama Islam. Taufiq tiada pilihan lain untuk menyelesaikan hutang kerugian syarikat milik ayahnya, yang dibawah pengurusannya, bernilai jutaan ringgit. Pilihan itu adalah, kahwin Salina atau Taufiq bayar balik kesemua kerugian syarikat dibawah jagaannya.Kau Yang Satu Arahan Osman Ali di Pawagam Mulai 27 Julai 2017

Salina pula terpaksa melepaskan buah hatinya di kampung, Zul, demi memenuhi permintaan ayahnya yang terhutang nyawa dengan Dato’ Mustaza. Zul kemudian menyambung pengajiannya di menara gading. Setelah Taufiq dan Salina berkahwin, Salina didera secara mental, sehingga beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Dipujuk oleh ayahnnya dan teman baiknya, Normah, Salina akur untuk kembali ke pangkuan suami. Si suami pula semakin hari semakin timbul bibit cinta dan kasih kepada Salina, namun melindungi diri di sebalik ego seorang lelaki. Zul tamat pengajian dan kebetulan pula bekerja di syarikat milik Dato’ Mustaza dan bertemu dengan Taufiq. Konflik antara mereka timbul kerana Taufiq tahu Zul dan Salina masih ada rasa sayang antara satu sama lain.Kau Yang Satu Arahan Osman Ali di Pawagam Mulai 27 Julai 2017

Taufiq memukul Salina kerana dia menerima beberapa keping gambar Salina yang bertemu Zul di pantai. Salina cuba untuk menerangkan, Taufiq terus mengasarinya. Salina lari ke rumah Normah dan Normah memujuknya kembali kepada suami. Taufiq pula semakin menyesal dengan perbuatannya dan mencari Salina disana-sini. Isabella, kekasih gelap Taufiq pula mengandungkan anak luar nikah Rico, yang juga kekasih gelapnya. Taufiq pula menangkap Isabella bersama lelaki lain yang bukan Rico, dan kini dia tahu bahawa cinta sejatinya adalah cinta dari Salina. Taufiq bingung kerana Salina tiada disisinya lagi

Trailer Filem Kau Yang Satu

OST Filem Kau Yang Satu by Indah Ruhaila

So jangan lupa temujanji anda dengan Kau Yang Satu pada 27 Julai 2017. Pastikan anda bawa tisu bersama ye

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge