Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Travelog Jelajah Busking TV1 – “Buskers Bersama Saiful Apek” |Kalau dulu ‘busker’ dikaitkan dengan penagih dadah dan “homeless” walaupun hanya sebilangan kecil yang benar-benar terlibat dengan perkara sebegini. Justeru menerusi program travelog terbaharu, “Buskers Bersama Saiful Apek”, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya mengembara di serata daerah untuk berkongsi pengalaman tentang aktiviti seni jalanan dan juga karya seni pemuzik busker yang sebenarnya.
13 episod travelog berkonsepkan seni yang terpinggir dari pelbagai genre dan kepentingannya kepada masyarakat ini menampilkan kemunculan Saiful Apek sebagai pengacara program yang sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 10.00 malam menerusi TV1.
Travelog Jelajah Busking TV1 – “Buskers Bersama Saiful Apek”. Kalau dulu ‘busker’ dikaitkan dengan penagih dadah dan “homeless” walaupun hanya sebilangan kecil yang benar-benar terlibat dengan perkara sebegini. Justeru menerusi program travelog terbaharu, “Buskers Bersama Saiful Apek”, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya mengembara di serata daerah untuk berkongsi pengalaman tentang aktiviti seni jalanan dan juga karya seni pemuzik busker yang sebenarnya.
‘Babak Jalanan’, ‘Keringat Seni’ dan ‘Pemuzik
Menariknya ia dibahagikan kepada tiga segmen iaitu ‘Babak Jalanan’, ‘Keringat Seni’ dan ‘Pemuzik’ yang bakal berkongsi lokasi, pengalaman busker dan pemuzik yang dipilih sekaligus membawa masyarakat mengenali siapakah golongan busker ini. Begitu juga tentang persepsi masyarakat terhadap mereka ini yang mencari rezeki halal dengan bermain alat muzik secara terbuka.
‘Babak Jalanan’
Menerusi segmen ‘babak jalanan’, Saiful Apek menjelajah ke seluruh negara mengunjungi lokasi individu terlibat membuat persembahan busking antaranya di Selangor Masion di Kuala Lumpur melihat Syed Amran Al Yahya yang telah menjadi ‘busker’ di situ selama lapan tahun, di Sogo, Kuala Lumpur melihat kumpulan Herrin Busker beraksi, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menyaksikan kumpulan Eyelitz terdiri daripada golongan cacat penglihatan.
Saiful Apek turut membawa penonton ke Uptown, Kota Damansara untuk melihat kumpulan ‘The Stringers’ bermain peralatan muzik bertali, di The Curve, Mutiara Damansara melihat kumpulan ‘Bag Pipe’ beraksi. Kumpulan yang terdiri daripada anak-anak tempatan ini mempersembahkan permainan ‘bagpipe’, alat muzik tradisional Scottish. Seterusnya di Restoran Melayu Melaka menghiburkan pengunjung-pengunjung restoran juga kumpulan D’Mutiara yang bermain di ‘Artis Corner’. Mereka berupaya menyanyikan berbagai jenis lagu sambil bermain muzik.
Travelog Jelajah Busking TV1 – “Buskers Bersama Saiful Apek”. Kunjungan ke ‘The Waterfront’, Kota Kinabalu, Sabah melihat kumpulan ‘Slumber Busker’, di Kopi O Corner di Kuching, Sarawak untuk menyaksikan persembahan Belioo Busker, di Jalan Rebana, Johor Bahru untuk melihat kumpulan ‘NA Busker’, ke ‘The Waterfront’, Kota Kinabalu, Sabah melihat kumpulan ‘Signature Band’ beraksi di Kuta Bistro, di Jalan Hang Tuah, Melaka untuk menyaksikan persembahan ‘Spesis Band’, dan Waterfront, Kuching, Sarawak untuk melihat kumpulan ‘The Double Shoes’ membuat persembahan mereka.
‘Keringat Seni’
Diteruskan dengan segmen ‘Keringat Seni’ antaranya pengacara ke Jelatek Walk meninjau hasil seni grafiti yang dihasilkan oleh artis-artis grafiti Malaysia, di Uptown Kota Damansara menemui pengusaha Gelang ‘Survival’ di kedainya, Wonderbro, di Jalan Batu 6, Bangi ke sebuah studio yang dinamakan ‘Rusty & Dusty’, anak muda menghasilkan gambar-gambar yang dipindahkan ke kepingan kayu. Turut diketengahkan deklamasi sajak yang diringi gesekan erhu oleh ‘Iman Guyboss’, pengiat seni yang membuat seni semburan cat atau “Spray Paint Art”.
Sementara itu Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menemui Puan Liza, pengusaha berbagai produk dengan mengait menggunakan benang bulu seperti beg, sarung botol air, topi, stokin bayi dan stoking dewasa, menemubual Uncle Ting Tong dan kawannya di Uptown, Kota Damansara yang menghiburkan pengunjung Uptown dengan persembahan badut ataupun seni “puppet’. tergantung kepada selera mereka pada masa tersebut. Uncle Ting Tong membuat persembahan badut dengan menggunakan kaki galah.
Ada juga temu bual dengan tukang jahit jalanan, pengumpul dan penjual barang-barang lama atau antik, peniaga Kek Lapis Sarawak, pengusaha ayaman rotan, pelukis karikatur, dan penarik beca berhias di Bandar Melaka.
‘Pemuzik’
Segmen terakhir iaitu ‘pemuzik’ menampilkan bakal pemain akordion, pemain gambus, kumpulan ‘Rebana Caliph’, pemain djembe yang begitu sinonim dengan lagu-lagu latin, pemain sitar, pemain sapir, pemain biola, peniup serunai, pemain caklempong, pemain rebab, pemain ‘bagpipe’ dan pemuzik berbakat peniup ‘didjeridu’ atau dipanggil juga ‘didgeridoo’. Peralatan muzik tiupan angin ini telah dicipta oleh penduduk asli Australia lebih dari seribu lima ratus tahun dahulu.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.Untuk maklumat lanjut sila layari
Website TV1 : http://myklik.rtm.gov.my/