Wei, ada karnival kat Wangsa Maju lagi dua minggu , jom ramai-ramai ke sana!
KARNIVAL HAVOC WANGSA MAJU KITA PUNYA 2024
Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju dengan kerjasama Pertubuhan Latihan Teraju Nusa Malaysia (PLATINUM).
Bakal menganjurkan satu karnival iaitu Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024 pada 24 Februari ini di Taman Tasik Danau Kota, Setapak.
TUMPUAN TIGA ACARA
Karnival itu akan memberi tumpuan kepada tiga acara utama iaitu FunWalk , pelancaran kad Wangsa Maju Kita Punya serta penyampaian biasiswa oleh Yayasan MSU.
Program akan dimulakan di sebelah pagi dengan acara FunWalk Wangsa Maju Kita Punya yang bertemakan bandar rendah karbon.
-Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan
KETENGAHKAN WANGSA MAJU
“Acara ini merupakan salah satu kempen untuk mengetengahkan Wangsa Maju sebagai bandar perintis rendah karbon yang perlu direalisasikan dan dilestarikan bersama.
“Dalam acara ini, peserta digalakkan untuk berpenampilan berdasarkan tema mengikut kreativiti masing-masing,”
-katanya pada sidang media baru-baru ini.
KAD WANGSA MAJU KITA PUNYA
Pemastautin tetap mahupun yang bekerja di dalam kawasan parlimen yang menyertai FunWalk ini akan menjadi antara yang terawal memiliki Kad Wangsa Maju Kita Punya.
Kad ini merupakan tambahan kepada pelekat kenderaan Wangsa Maju Kita Punya yang sedia ada. Dengan menyasarkan warga Wangsa Maju yang tidak berkenderaan serta berusia 15 tahun ke atas.
“Dengan fungsi yang sama seperti pelekat kenderaan Wangsa Maju Kita Punya, pemilik kad layak untuk menebus ganjaran dalam program bulanan yang akan diadakan. Manakala fungsinya akan ditambah dari semasa ke semasa.
BIASISWA MSU UNTUK CALOM SPM 2023
“Karnival ini juga akan menampilkan Management and Science University (MSU) sebagai rakan strategik dalam menjayakan program ini. Di mana penyampaian Biasiswa Yayasan MSU akan menjadi salah satu agenda utama.
“Biasiswa ini akan diserahkan kepada calon-calon SPM 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke MSU. Maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di MSU juga boleh didapati sepanjang karnival berlangsung,”
-katanya.
AKTIVITI MENARIK
Selain tiga acara utama itu, pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival berlangsung antaranya saringan kesihatan percuma, Bazar SDG Back To School.
Seisi libat urus bersama Jabatan Kesihatan, KWSP dan PTPK serta kaunter-kaunter agensi seperti DBKL, pendaftaran PADU, PTPK, KWSP, Tabung Haji dan banyak lagi.
Justeru, orang ramai khususnya warga Wangsa Maju dipelawa memeriahkan karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024 pada 24 Februari 2024 nanti.
Layari media sosial rasmi Zahir Hassan di platform Facebook atau Instagram