Penghujung bulan Julai, KP bersama 31 blogger yang lain telah di jemput oleh pihak Tourism Johor dan juga Rush Media untuk turun ke Karnival DesaStay Negeri Johor di Kampung Rengit. Seawal jam 7 pagi lagi semua berkumpul di MATIC . Sebelum bertolak kami sempat lagi mengisi perut dengan juadah sarapan pagi yang memang sedap dan terbaik dari Kak Ana. Nasi Lemak sambal sotong dijodohkan dengan kopi O kaw di pagi hari dan diakhiri dengan sepotong brownies sebagai pencuci mulut.
Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam dan kami sampai tepat jam 1 petang. Ini kali pertama KP sampai ke Kampung Rengit Batu Pahat Johor. Biasa ke Johor Bahru sahaja Sewaktu sampai nampak pula anak-anak ini sedang berkayuh dengan sampan di tasik dari jalan masuk Keris sebagai simbol di Kampung Bugis Nampak sangatkan dah sampai sebab “Selamat Datang ke DesaStay” KP dan rakan lain dijamu dengan nasi ayam sebelum majlis bermula. Masakan sendiri oleh tuan rumah Majlis perasmian Karnival DesaStay ini bakal dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin – Menteri Besar Johor.
Maksud “DesaStay”
‘DesaStay’ merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi di kawasan luar Bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.Tidak seperti konsep pelancongan kampung sebelum ini, DesaStay menyediakan bukan hanya penginapan, tetapi menawarkan pakej aktiviti dan cara hidup bersama orang kampung dalam pakej mereka.
Kerajaan Negeri telah mengenal pasti 32 kampung di negeri ini yang berpotensi untuk dijadikan ‘DesaStay’ sebagai satu lagi langkah menjadikan Johor sebagai satu destinasi pelancongan utama negara terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
“Bukan sahaja para pelancong dari luar negara, percayalah, ramai sekali generasi millennials Malaysia yang barangkali tak pernah hidup di desa. Ramai yang lahir di bandar, membesar di bandar, bersekolah dan bekerja di kota dan ibu bapa mereka telah lama meninggalkan kampung halaman mereka” Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.Perasmian Karnival DesaStay disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin bersama VVIP dan pihak Tourism Johor
Tujuan DesaStay diwujudkan atau diadakan ialah
1. Memperkembangkan ‘Hospitality Industry’ dan mempertingkatkan industry pelancongan di negeri Johor.
2. Mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada paa pelancong khususnya kepada ‘Budget Travellers’
3. Memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat
4. Mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung
5. Menyediakan pakej-pakej aktiviti yang menarik untuk diikuti.
Mungkin dengan konsep ini bakal memberi peluang pada para pelancong mahupun warganegara sendiri untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan merasai konsep dan panaroma kampung yang indah lagi aman dengan suasana yang tidak perlu ditukar atau dimodenkan
YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin bersama VVIP sempat singgah di booth Xplore Johor .Booth Xplore Johor banyak memberi maklumat untuk di kongsi pada para pengunjung Antara cenderahati yang boleh didapati disini untuk kenang-kenangan
Booth -Booth Desastay
KP sempat meninjau di kawasan perasmian di mana ada booth booth memperkenalkan desastay yang ada di sini. Di antaranya
Desastay Kg Parit Bugis
Desastay Kg Parit Tengah
kerepek yang di buat memang sedap . Tak rugi membeli
Produk yang dihasilkan oleh Desastay berkenaan juga dipamerkan buat para pengunjung
Ini adalah rupa keropok lekor selepas di rebus Sungai Melayu Eco Tourism Bukan setakat produk ajer yang ada penginapan dengan pakej tertentu ada ditawarkan
Desastay Kg Sinaran Baru Ini antara kraftangan yang dihasilkan dan dipamerkan untuk jualan juga
Desastay Kg Perigi AchehDesastay Kg Sarang Buaya Produk White CoffeeDesastay Kg Sawah Ring
Beras Wangi yang di jual memang berbau wangi Desastay Sagil
Tempe Sira yang di hasilkan dan dijual memang sedap . Layan makan . Tak payah nak cicah lagi dengan sos semua lengkap tinggal makan aje
Produk yang dihasilkan dari nenas Tempe Sira Pakej penginapan yang ada anjuran Homestay Sagil di pinggiran Gunung Ledang Desastay Kg Dato’ Ibrahim Majid
Menjual kerepek pisang berperisa bawang. Pertama kali mendengar dan membelinya. Rasa memang bawang dan best kalau ada produk ini di KL Pakej kombo ada juga di jual di siniDesastay Berayan Antara hasil kraftangan ( kain pelapik kaki) buatan sendiri orang DesastayDesastay KejoraDesastay Kg Sri Paya
Ini baru sebahagian sahaja tau masih ada lagi banyak Desastay di Johor ini. Mereka yang terlibat dalam DesaStay ini memberikan tawaran yang pelbagai dari segi penginapan, aktiviti kampung dan juga beberapa aktiviti kemasyarakatan yang boleh turut di sertai oleh pelancong. Moga Karnival DesaStay ini akan disambung setiap tahun agar ramai lagi pelancong datang dan dapat memahami tentang DesaStay. Terima kasih atas jemputan dari Tourism Johor dan Rush Media di mana sedikit sebanyak KP dapat berkongsi dengan para pembaca disana tentang penginapan dan juga aktiviti yang dianjurkan oleh DesaStay ini.
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.