Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Karnival Amal Beaconhouse Little Hands, Big Hearts| Lama dah tak ke karnival di sekolah. Kalau ke karnival pastinya gerai jualan makanan ada, gerai mainan ada dan gerai ilmu atau informasi pun ada. Sewaktu karnival juga kita akan nampak keakraban dalam sesuatu keluarga jua keukhwah-an antara guru , anak murid dan ibu bapa. Berkesempatan untuk singgah dan alami sendiri Karnival Amal Beaconhouse 2019 kali ini di Beaconhouse International.
Little Hands, Big Hearts adalah tema untuk Karnival Amal Beaconhouse kali ini. Ianya adalah gabungan bersama 8 buah pra-sekolah Beaconhouse di sekitar Lembah Klang. Setiap hasil jualan di sini bakal disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan juga WWF. Jualan amal disumbangkan melalui pembelian kupon ye . Dengan kupon inilah diguna untuk membeli makanan, minuman. cabutan bertuah mahupun di gerai mainan/aktiviti
Pelancaran untuk karnival ini diceriakan dengan persembahan dari anak-anak kecil yang bersekolah di pra-sekolah Beaconhouse. Beraninya mereka mempersembahkan tarian lagu Black Pink . Ini KP kongsikan video yang sempat dirakam sewaktu berada di sana






Kasilah dekat dia bab pancing memancing nie memang dia suka. Kat sini jer ada habis dalam 4 X game
Kalau tak dapat hasil tak tunggu kat sini ye. Banyak cop dapat pun kat sini . hahahah

















