KANDORA! MEMUPUK PERPADUAN MELALUI MUZIK, AWESOME!
KANDORA! MEMUPUK PERPADUAN MELALUI MUZIK, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memulakan tahun baru 2023 dengan “Drums of Unity”
KANDORA!
KANDORA! telah memulakan tahun baru 2023 dengan mengajak semua orang dari seluruh Malaysia untuk bersatu melalui ‘drumming’. Bermaksud satu pergerakan perpaduan dengan bermain drum.
DRUMS OF UNITY
Melalui slogan “Drums of Unity”, KANDORA percaya perpaduan dapat dipupuk dengan kuasa irama muzik drum yang mampu dimainkan oleh orang ramai dalam masa yang sama.
LEBIH DARI 2,300 PENYERTAAN
Berjaya mengumpulkan seramai 2300 penyertaan dan 862 orang peserta telah hadir. Untuk bermain drum bersama-sama dengan hanya menggunakan baldi dan senduk.
Telah diadakan di Pusat membeli-belah AEON Midtown Falim pada 21hb Januari 2023 yang lepas.
DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Apa yang menarik adalah acara ini juga telah berjaya di rekodkan di dalam ‘Malaysian Book of Records’. Sebagai satu acara perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia melalui permainan drum baldi beramai-ramai.
SERLAHKAN NILAI DAN MESEJ DALAM LIRIK CERITA RAKYAT
Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini bertujuan untuk menyerlahkan nilai dan mesej yang terkandung dalam lirik cerita rakyat bagi membangkitkan rasa perpaduan di kalangan penonton Malaysia.
Semasa persembahan drum berlangsung, drum-drum baldi telah disusun di sekeliling kawasan persembahan untuk dimainkan oleh penonton yang hadir dengan diiringi muzik band dan fasilitator drum.
MESEJ PERPADUAN
Bukan itu sahaja, melalui persembahan ini juga, KANDORA! ingin menyebarkan mesej perpaduan “Hormat dan Harmoni” .
Di mana penonton yang hadir dapat berkumpul untuk merasai pengalaman bermain drum secara harmoni sebagai satu Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.
ABUNDANCE BAGS
Tiga komponen — kerjasama kolaboratif dan program-program yang membentuk keupayaan untuk menyokong komuniti B40 dan terpinggir melalui pengedaran “Abundance Bags”.
Diberikan kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak, meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk komuniti seni persembahan tempatan.
Yang telah terjejas dek pandemik Covid-19 melalui jualan barangan KANDORA!
Akhir sekali, dalam semangat untuk berkongsi kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina, KANDORA! telah memberikan hadiah-hadiah menarik.
Antaranya seperti iPad, ‘earbuds’ Huawei, jam tangan pintar dan banyak lagi kepada peserta-peserta bertuah!
JELAJAH DRUM “HORMAT DAN HARMONI”
Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini disokong oleh ArtsFas, Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Juga Majlis Belia India Malaysia Buntong (MIYC) dan AEON Big merupakan rakan kongsi utama dengan menyediakan tempat dan menaja baldi dan senduk.
Akhir sekali, Penaja —Peaches N Pen, NIT Printing, Thinker Creative, Soul Mechanics, Rex Network Resources, Edsense, MENE Consulting dan Rosemary Floral and Gifts.
TETAMU KEHORMAT YANG HADIR
Ribuan terima kasih kepada para jemputan kehormat yang sudi hadir diantaranya adalah Yang Berhormat Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO).
Yang Berhormat Puan Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Yang Berbahagia Datuk Hariri (wakil Datuk Bandar Ipoh), Puan Nurmalis Musa (CEO Tourism Perak)
Tuan Meor Rezal Fitri Dato’ Dr. Hj. Meor Redwan (CEO Digital Perak), Tuan Khuswindera Singh (Ketua Cawangan Majlis Belia India Buntong),.
Dr.Kasuma Satria Mat Jadi (AEON-Ketua Pegawai Sumber Manusia & Pengarah Komunikasi Korporat).
Dan juga Encik Wan Adli, Co-founder Kandora! Kantan Drum Circle, Tan Teck Yin (President JCI Kinta).
FROM KANDORA
“Hormat and Harmoni is a unity message that brings audience together to experience drumming in harmony as ONE Malaysia regardless of age, gender, and race.
We are building a community of percussion enthusiasts to preserve and popularize local folklore songs through interactive drum circle in a congregation,”
-Zufar Adzahan, Co-founder of KANDORA!