JUALAN GUDANG NEW BALANCE BY AL-IKHSAN SPORTS WOW! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pengumpul mahupun peminat New Balance apa kata jom ramai-ramai serbu!

JUALAN GUDANG NEW BALANCE

Hujung tahun bakal tiba beberapa hari lagi. Pastinya masing-masing ada impian yang belum tercapai. Jika impian anda ada diantaranya ingin memiliki kasut New Balance, ini untuk anda!

Al-Ikhsan Sports menganjurkan Jualan Harga Gudang anjuran AL-Ikhsan Sdn Bhd. Lokasi kali ini di The Paddock, Kelana Jaya (bangunan lama Western Digital). Luas dan boleh memuatkan ramai penggemar kasut New Balance.

PERASMIAN JUALAN GUDANG NEW BALANCE

Majlis dirasmikan oleh Tuan Abdul Rahim Abdul Kadir (Kastam) dan Tuan Fauzi Kamsar (Kastam). Tidak lengkap kalau tiada Gaurav Shanker (Deputy GM of Operation Al-Ikhsab Sports) dan Zechariah (Head of Marketing Al-Ikhsan Sports)

Diserikan lagi dengan kehadiran Selebriti Mawi (Penyanyi / Pelakon)dan Anas Tahir(Penyanyi). Selebriti ini turut menceriakan suasana Jualan Harga Gudang ini.

Walaupun hari ini hari pertama dan pelancaran akan dimulakan pada 2.30 petang tetapi ramai dah beratur untuk tidak melepaskan peluang.

HARGA MAMPU MILIK

Kasut New Balance yang bakal di jual semuanya dengan harga yang mampu milik. Dengan lebih daripada 50,000 barangan berharga bawah RM99 sahaja! Murah – murah saja dari harga RM19 hingga RM99!

BILA TAMAT JUALAN GUDANG NEW BALANCE

Bermula dari 24 Disember hingga 22 Januari 2021. Dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Last kemasukan ke jualan gudang adalah jam 9malam ye. Ini kerana SOP dan juga untuk memberi peluang dan masa untuk ber-shopping.

Al-Ikhsan Sports Menawarkan harga termurah barangan New Balance untuk barangan berkualiti.
* Pilihan serta kuantiti adalah terhad.
• while stock last!

Facebook |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge