Berganding bahu dengan Marsha Milan untuk menyebarkan kegembiraan ketika musim perayaan dengan Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop!
Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya, eco-shop, peruncit isi rumah mampu milik ultra terkemuka negara, dengan bangganya melancarkan kempen terbaru.
JOM WARNAKAN RAYA BERSAMA ECO-SHOP
Berlangsung dari sekarang sehingga 21 April 2024, eco-shop menjemput pelanggan untuk menyambut semangat kebersamaan, dan penghargaan yang tulus dari eco-shop.
Melalui kempen ini, eco-shop bukan sahaja berhasrat untuk menawarkan penjimatan yang besar bagi produk berkualiti.
Tetapi juga untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terbeban dengan kekangan kewangan untuk memastikan Ramadan yang penuh bermakna dan kegembiraan.
MEMBUAT PERBEZAAN POSITIF UNTUK SEMUA
“Ketika saat mencabar yang kini dihadapi oleh rakyat Malaysia, eco-shop berdiri komited untuk cuba membuat perbezaan positif dalam kehidupan mereka,”
“Misi kami adalah untuk meringankan beban pelanggan dengan menawarkan produk rumah dengan harga berpatutan dan kualiti baik, memupuk rasa kegembiraan.
Memudahkan kehidupan rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian mereka. “Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop” merangkumi etos ini, untuk menyebarkan kebahagiaan pada musim perayaan ini.”
-Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif eco-shop.
BELI, IMBAS & MENANG!
Tonggak utama kempen ini merupakan kerjasama eksklusif dengan jenama telefon pintar baharu Infinix, yang menampilkan peraduan ‘BELI IMBAS & MENANG’.
Pelanggan yang berbelanja RM50 atau lebih dalam satu resit berpeluang memenangi salah satu daripada lebih 150 telefon pintar Infinix, berjumlah sehingga RM100,000. Dengan hanya mengimbas kod QR dan menyerahkan butiran berserta resit mereka.
BEG KITAR SEMULA SPECIAL
Selain itu, pelanggan yang membeli produk eco-shop bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit sepanjang tempoh kempen akan menerima beg kitar semula khas eco-shop yang direka khas. Sambil menambah sentuhan kesedaran eko kepada persiapan perayaan mereka.
SAMPUL RAYA ECO-SHOP
Selain itu, bermula 5-9 April, pelanggan yang berbelanja RM40 ke atas dalam satu resit berpeluang menerima sampul raya eco-shop, yang boleh didapati secara ‘first come, first-served’.
MARSHA MILAN
Bagi menyemarakkan semangat memberi dan ikatan kekeluargaan, eco-shop telah melancarkan video Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop. Untuk Kali ini menampilkan pelakon dan penyanyi Marsha Milan.
Menekankan kepentingan keluarga dan persahabatan semasa musim perayaan, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam sambutan dan perpaduan.
Eco-shop juga sedar akan perjuangan ramai rakyat Malaysia yang mungkin tidak berpeluang menikmati musim perayaan dengan meriahnya.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, eco-shop juga menganjurkan sesi buka puasa bersama rumah anak yatim dan rumah orang tua
“Meraikan intipati kebersamaan dan berkongsi kegembiraan, eco-shop berbesar hati kerana Marsha Milan menyertai kami dalam kempen untuk tahun ini.
Sebagai selebriti kesayangan Malaysia, Marsha melambangkan semangat perpaduan dan pemurah yang amat sesuai dengan nilai-nilai jenama kami,” kata Jessica.