Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jom Shark Hero Conservation Run 2017 Pada 18 November 2017 | yupp .. pejam celik , pejam celik tinggal dalam 2 bulan ajer lagi penghujun tahun 2017 bakal berlabuh . Setakat ini, banyak juga running list KP untuk tahun 2017 di cross. Ada running list sendirian dan ada running list dengan anak-anakku. kalau boleh KP nak anak-anak pun turut serta dalam acara larian agar sihat senantiasa. Ini KP nak kongsikan dengan anda larian yang bakal diadakan pada 18 November 2017
Shark Hero Conservation Run 2017 .
Ini adalah kali pertama Shark Hero Run Conservation Run bakal diadakan. Lokasi yang dipilih adalah di Celebration Centre, Sunsuria City di Sepang pastinya larian ini tidak menganggu orang awam. Bakal Flag off pada 5 petang dan pendaftaran dilakukan pada 4petang ye. Menariknya tentang larian Shark Hero Conservation Run ini adalah untuk mengajak dan memberitahu orang awam agar berkata “TIDAK” pada hidangan sup sirip ikan yu atau lebih dikenali sebagai shark fin. Jika tidak di bendung dari sekarang makin pupus lah haiwan ini dan anak-anak yang membesar di masa hadapan tidak berpeluang untuk mengenali ikan yu.
Selain itu juga kebersihan di dalam laut jua pantai menjadi salah satu objektif bersama sempena larian ini. Apabila sampah yang dibuang secara berleluasa didalam di pantai atau laut mengakibatkan pencemaran air. Jika haiwan didalam air kebetulan memakannya kerana ingatkan ianya adalah makanan mereka pastinya ia akan mati. Plastik beg atau sisa sampah yang dimakan boleh merosakkan kehidupan didalam laut dan haiwan yang memakannya.
Dengar-dengar ada cabutan bertuah bakal diadakan pada petang itu
Lagu Baby Shark
Lagu baby shark pun kebetulan popular di youtube sekarang di mana jika anda melayari FB Shark Hero Conservation Run 2017 , telah diadakan Shark Hero Doo Doo Doo Contest. Pelbagai video telah dikongsikan .. ianya bersempena dengan Shark Hero Conservation Run 2017 yang akan diadakan
Penyertaan Shark Hero Conservation Run 2017