Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tips Rancang Cuti- Cuti Dengan Bijak Dan Pastinya Jimat | Bila sebut pasal bercuti, percutian pastinya anda inginkan yang baik-baik sahaja atau yang indah-indah sahaja. Untuk memastikan ianya indah dan dalam masa yang sama jimat, ini KP ingin kongsikan antara tips rancang cuti-cuti yang biasa KP amalkan sebelum bercuti. Manfaat pada KP kerana menjimatkan masa sebelum dan semasa bercuti . Tapi ingat, ini adalah diantara tips sahaja, kalau ada yang nak kongsi tips lain boleh saja share di ruangan komen.
Antara tips-tips yang ingin KP kongsikan bersama agar sama-sama dapat memanfaatkannya
- Rancang Cuti- Cuti Untuk Destinasi – ini adalah perkara pertama yang perlu di tegaskan . Dari destinasi barulah yang lain boleh di rancang. Pastinya destinasi dipilih mengikut bajet yang telah ditetapkan. Kalau nak lagi best dan menjimatkan , rajin-rajinlah google atau baca review tentang destinasi yang dipilih di blog, atau di social media.
- Berapa hari – yang ini bagi KP adalah penting kerana ia perlu untuk kita set kan dalam kalendar peribadi berapa hari perlu ambil cuti . Jangan pula anda bercuti panjang pada salah lokasi seperti contoh anda bercuti di pulau penghujung tahun sedangkan musim monsun sudah bermula. Akhirnya anda bercuti dalam bilik hotel atau resort sahaja. Selain itu anda juga boleh membaca review atau bertanyakan pada kengkawan untuk destinasi yang dipilih berapa hari paling best untuk berada di sana seperti 2 hari, 3 hari atau pun seminggu
- Rancang Cuti- Cuti Perjalanan– apabila dah ada destinasi, rancang perjalanan anda dari hari pertama sampai hingga hari terakhir berada di situ, Dari segi masa, anda telah bijak menggunakan masa yang ada dengan merancang lokasi yang ingin dilawati atau disinggahi. Masa tidak terbazir begitu sahaja dengan tercari-cari tempat manakah menarik apabila sampai. kalau boleh anda membeli tiket masuk , tiket pengangkutan atau sebagainya melalui online lagi bagus kerana ia dapat menjimatkan masa anda sewaktu di sana agar tidak perlu beratur panjang
- Rancang Cuti- Cuti Bajet – Tanpa bajet bagaimana nak bercuti bukan ? Jadi setkan berapa bajet yang ingin dibelanjakan untuk destinasi pilihan dan mula menyimpan . Zaman yang serba moden ini, guna sahaja google search untuk melihat harga yang ditawarkan . Jika anda ada lebih masa, bertanya pada kengkawan yang baru pulang dari destinasi pilihan anda untuk mendapatkan tips bajet dari mereka. Andai kata ada kupon/kad pengangkutan yang boleh dipinjam, apa kat pinjam dari mereka ( tetapi ingat jangan lupa pulang balik tau)
- Rancang Cuti- Cuti Penginapan – haa .. Yang ini memang WAJIB list untuk KP. Tanpa penginapan nak tinggal mana, melainkan ada saudara mara di destinasi pilihan ini dah dapat menjimatkan bajet anda bukan ? Kalau tiada, lebih baik anda buat tempahan seawal yang boleh dan jangan lupa untuk membandingkan harga hotel, resort atau homestay sebelum membuat tempahan. Periksa juga fasiliti atau kemudahan yang diberikan seperti WIFI , sarapan pagi dan sebagainya. Dengan cara ini dapat menjimatkan bajet anda
- Tukaran Duit – Tukaran duit boleh di buat dari sekarang dan tidak perlu tunggu last minit. Buat sikit sikit dan kumpul sehingga diperlukan . Setkan berapa bajet yang diperlukan untuk percutian dan tambah dalam 15% untuk kecemasan.
- Rancang Cuti- Cuti Dokumen Penting – “sediakan payung sebelum hujan”, kata pepatah. Buatlah salinan dokumen penting dan simpan ditempat yang berlainan dan juga dalam email agar jika musibah datang dokumen yang diperlukan ada dapat membantu . Tiada siapa dapat mengetahui apa yang bakal berlaku dan mohon di jauhkan hendaknya
- Rancang Cuti- Cuti Makanan – Haa.. penting juga ini, kalau boleh bawalah makanan segera seperti maggi mee, coklat, roti atau nutella/jem untuk kesenangan anda andai destinasi pilihan agak jauh dengan restoran atau kedai makanan . At least dapat menjimatkan belanja apabila makan-makan di sana. Andai kata restoran atau gerai halal susah nak cari , yang di bawa ini bolehlah untuk alas perut kan .
So kesimpulannya, merancang percutian memang disyorkan agar kita sebagai pengguna dapat membuat pilihan yang terbaik dari yang terbaik di tawarkan di luar. Boleh membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum memilih tanpa perlu risau akan penipuan berlaku. Selaras dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pengguna perlu bijak dan jimat sewaktu memilih terutama dalam rancang cuti-cuti. Setiap kita sebagai pengguna mempunyai hak masing-masing kan , jadi ingat ye …
credit pic: google