JOE KURTA BOLEH DI GAYAKAN BILA-BILA MASA, AMAZING!

KIni, Joe kurta bukan saja dipakai sewaktu perayaan seperti Hari Raya Aidlifitri mahupun Hari Raya Aidiladha.

JOE KURTA

SIapa saja yang tidak kenal dengan Eizlan Yusof? Pernah berkecimpung dalam bidang nyanyian, kini lakonan dan juga seorang usahawan.

Kalau sebelum ini menjadi model mahupun duta pada jenama Annissa My Batik, kini mengorak selangkah hadapan dengan menghasilkan kurta di bawah label Joe Kurta by Eizlan Yusof.

KOLABORASI DENGAN ANNISSA MY BATIK

Kurta ini adalah kolaborasi bersama Annissa My Batik yang dikenali dengan rekaan pelbagai busana batik untuk lelaki dan wanita.

Eizlan juga merupakan duta jenama Annissa My Batik bagi mempromosi kemeja batik Terengganu sebelum memulakan labelnya sendiri dengan memilih kurta sebagai ‘buah tangan’ pertamanya.

Ramai yang bertanyakan tentang batik keluaran Annissa My Batik yang dipakai ketika ‘live’ di media sosial.

PEMBENTANGAN IDEA

Dari situ katanya, dia membentangkan idea untuk berkolaborasi dengan Annissa My Batik menghasilkan koleksi khusus untuk lelaki.

Alhamdulilah menerima sambutan yang amat baik pengasas jenama itu, Nur Anissa Hawa Zaidi.

Joe Kurta by Eizlan Yusof & Annissa My Batik

KENAPA KURTA JADI PILIHAN?

Bukan fesyen baru tetapi kini sudah mendapat tempat di hati pemakai. Dimana fesyen kurta ini mendapat sambutan dari tahun ke tahun.

Yang menariknya, mereka yang memakai kurta tidak perlu risau kerna ia boleh dipakai dimana mana majlis dan bukan saja pada hari perayaan.

“Kurta menjadi pilihan kerana saya sendiri gemar memakai kurta. Apabila mendapat peluang untuk bekerjasama, saya amat teruja dan kami mengambil masa kira-kira setahun untuk R&D.

Joe Kurta by Eizlan Yusof & Annissa My Batik

FABRIK DAN MATERIAL

Potongan baju sama ada slim fit mahupun straight cut membuat pemakai tampak lebih tampak dan segak. Untuk mereka yang ingin ‘simple’ atau ringkas pastinya kurta menjadi pilihan.

Menggunakan fabrik jenis kapas sesuai dengan cuaca di sini dimana ianya lembut dan sejuk. Pilihan ini dibuat bagi kepuasaan pada si pemakai.

Selain daripada rekaan, warna, potongan busana jua kualiti jahitan ada perkara lebih penting yang dititikberatkan.

Joe Kurta by Eizlan Yusof & Annissa My Batik

LENGAN TIGA SUKU

Joe Kurta adalah antara kurta yang memudahkan pemakai mengambil wuduk. Lengan tiga suku direka dan potongan yang longgar memberikan keselesaan ketika solat.

“Sebagai permulaan, kita hanya mengeluarkan kira-kira 1,200 pasang sahaja untuk memastikan kualiti setiap helaian sentiasa terjaga dan memberi kepuasan maksimum kepada pembeli,” katanya. 

HARGA PENGENALAN

Mereka yang berminat boleh mendapatkan Joe Kurta by Eizlan Yusof di booth Annissa My Batik yang berada di tingkat bawah KL East Mall, Kuala Lumpur. Juga di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Harga terkini adalah RM79.00 dan terdapat enam pilihan warna menarik koleksi tersebut iaitu putih, hitam, kelabu, hijau, merah dan khaki.

Kalau tak sempat ke outlet boleh saja beli di beg kuning di akaun TikTok

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge