WAHDINII LANCAR LAGU TEMA BERILAH PETUNJUK, BEST!

Jarang kite dengar sebagai pengeluar pakaian mengeluarkan lagu. Rupanya ada sebab mengapa ianya dikeluarkan

WAHDINII

Lagu berjudul “Wahdinii” yang bermaksud “Berilah Petunjuk” dicipta oleh penerbit dan komposer yang tidak asing lagi di bidang muzik dan hiburan iaitu Adi Priyo yang juga dikenali sebagai Adi 6ixth Sense.

Beliau juga pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu Muara Hati nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip, Ku Relakan Jiwa oleh Hazama.

WAHDINII LANCAR LAGU TEMA BERILAH PETUNJUK, BEST!

LAGU TEMA

Idea untuk menghasilkan satu lagu tema bagi Wahdinii diilhamkan oleh Puan Emma. Dalam masa sama, Puan Faridah turut melaksanakan hasrat arwah suaminya yang tidak kesampaian.

Pemilihan Adi 6ixthsense sebagai pencipta lagu tema ini adalah berdasarkan kepakaran beliau dalam penciptaan konsep lagu.

WAHDINII LANCAR LAGU TEMA BERILAH PETUNJUK, BEST!

Beliau juga menerangkan bahawa lagu tema ini agak berlainan dari lagu-lagu ciptaanya. Sebelum ini lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop,

FEAT AZMI SAAT

Namun bagi lagu tema ini, melodinya sangat mudah diikuti dan disusunkan seperti irama padang pasir.

Wahdinii telah sebulat suara mengambil penyanyi Azmi Saat dari Caliph Buskers sebagai penyanyi ‘featuring’ bersama Adi Priyo.

Ini selepas hasil perbincangan semua pihak yang di terajui oleh Encik Zell Sazalie, selaku Komunikasi Strategik.

PENGELUAR PAKAIAN MUSLIM

Wahdinii adalah pengeluar pakaian Muslim. Diusahakan oleh Puan Faridah Haji Hashim bersama rakan urusniaga, Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers.

WAHDINII LANCAR LAGU TEMA BERILAH PETUNJUK, BEST!

Bukan itu sahaja, selesai persiapan lagu tema ini juga, Puan Faridah bersama Puan Emma mengambil keputusan menaja Adi dan Azmi bagi keluaran Muslim Wear Wahdinii 2024.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge