ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024, Untuk tahun ini ianya kembali lagi.
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024
Bagi yang mahu merasai suasana meriah membeli belah tanpa mengira masa, ini untuk anda
Festival jualan raya besar-besaran, Absolut Bazaar X Gaya Raya 2024 (ABxGR24) yang berlangsung selama 66 jam tanpa henti adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Mana tidaknya, festival raya itu bakal bermula pada 12 tengahari 29 Mac tanpa henti hingga 6 pagi 1 April ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
ANJURAN BERSAMA
Festival raya anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management buat kali ketiga ini juga bakal mengadakan ABxFGR24 di Persada Johor pada 22 hingga 24 Mac 2024.
Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk turut menyertai dan menikmati kegembiraan festival ini.
720 TAPAK NIAGA
Pihak penganjur mensasarkan sebanyak 720 tapak reruai dengan sasaran jualan lebih RM20 juta daripada pempamer dan menarik seramai 2 juta pengunjung untuk memeriahkan festival raya ini,
-Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hemma Candy
Beliau berkata, pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat merasai pengalaman membeli belah yang memuaskan di bawah satu bumbung.
PELUANG UNTUK USAHAWAN
ABXFGR terus berkembang secara progresif pada kadar 25 peratus setiap tahun.
Pencapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan kecil, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Dengan kepesatan peningkatan seperti ini, ABXFGR menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ramai.
Serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas,”
-katanya kepada media pada majlis Pra-Pelancaran ABxGR24 di MITEC.
RAKAN RASMI MEDIA PRIMA BERHAD
Pada majlis itu, penganjur turut mengumumkan penyertaan Media Prima Berhad sebagai Rakan Rasmi Media untuk ABxFGR2024 .
Bakal membantu menyampaikan liputan besar besaran ke seluruh negara melalui saluran televisyen, radio, dan platform media.
Selain itu, penganjur juga mengumumkan barisan Penaja Bersama yang terdiri daripada Wardah, Hermo, NIMS, Minaz, Buttonscarves, Panasonic, Ainaa, Sugar Bomb, Super Sky, Kunafa Aiwahhh dan Bulan Bintang.
SELEBRITI TERNAMA BAKAL ADA SEKALI
Sementara itu, Penganjur bersama, Ben Ali berkata, ABXFGR tahun ini akan dihadiri oleh barisan selebriti ternama, artis, dan hiburan tanpa henti yang merangkumi bintang-bintang besar.
“Pelbagai bakat terkemuka akan menyertai acara ini, menyajikan hiburan yang menghiburkan dan menggerakkan hati selain lebih banyak aktiviti kejutan yang menarik perhatian pengunjung.
MINI ABSOLUT FOODFEST
“Antara tarikan utama adalah mini Absolut FoodFest yang dianggarkan melebihi 80 vendor akan terlibat.
Menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa atau bersahur, menjadikan ABxFGR24 destinasi ideal untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul,”
-katanya.
Selain itu, ABxFGR24 akan mengadakan pelbagai aktiviti antaranya Money Chamber, Wheel of Fortune, Hamper Raya, dan Happy Hour yang menawarkan lebih daripada RM250,000 nilai ganjaran keseluruhan yang boleh dimenangi.
Bagi mengikuti perkembangan terkini festival raya itu, kunjungi laman sosial dan portal rasmi ABxFGR24:
Festival Gaya Raya
Absolut Bazaar