Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
BEST JACUZZI MENGHADAP BUKIT KAPUR – THE HAVEN IPOH? | Jika di beri pilihan sama ada berenang di swimming pool atau berjacuzzi mana satu nak? Kalau dapat bersama anak-anak pada masa yang sama of course ini pilihan ku!
Masih lagi di The Haven Ipoh, KP sedang bercuti bersama family dan kids sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
JACUZZI THE HAVEN IPOH
Jom KP belanja dulu pemandangan dari bilik, boleh lihat jacuzzi mahupun swimming pool. Ianya dibahagikan kepada dewasa dan kanak-kanak.
Indahnya pemandangan, kalau waktu matahari terbenam mesti lagi cantik.
BATU KAPUR
Ini diantara pemandangan bukit kapur yang sempat dirakam sebelum enjoy. Cantikkan pemandangan. Buat photoshoot best nie.
Kelihatan kabus masih ada lagi walaupun waktu sudah hampir pukul 8 pagi. Tak sabar nampaknya kids nak mandi
UNTUK DEWASA BERENANG
Masih lagi berlatar belakangkan bukit kapur – The Haven Ipoh
Hubby sedang berenang. Katanya best juga sebab swimming pool besar dan luas.
Jangan tertipu , di sebelah itu adalah tasik di mana kawasan larangan untuk berenang. Syoknya cik hubby berenang
SWIMMING POOL UNTUK KIDS
Antara slide yang ada buat si comel bermain-main
Siap sedia nak main slide Itu dia turun dengan gayanya Si kakak pun tak melepaskan peluang main slide
Seronokkan kids main slide. Mahu tak mahu naik bilik .
Lagi aksi Irfan Lihat bukan dalam mana pun swimming pool di The Haven Ipoh untuk kanak-kanak. Walaupun tak dalam masih perlu pengawasan dari ibu bapa ye
. Naik lagi katanya tak puas main slide berenang lak
JACUZZI
Ini keadaan sebelum air dipasang
Kakak dan adik menanti bilalah air nak di pasangkan
Lagi menggambarkan keseronakan mereka… Cepatlah naik .. dah sejuk nie
Entah apa di sembangkan.. kat tangga swimming pun boleh
Seronok bukan main Irfan Jarang dapat bergambar bersama , jadi peluang yang ada pastinya di gunakan sebolehnya. Bukan senang nak bergambar berlatar – belakangkan bukit kapur
Mengubah menjadi sebuah tempat penginapan sambil menikmati keindahan alam. Tanpa mengganggu alam sekitar, mengekalkan apa yang ada seperti bukit kapur ini. Bergambar bertiga ajer lah.
Close up sebagai kenangan.
Jika kalau ingin bercuti dengan ketenangan, KP rekomenkan ke sini. Di sini bukan sahaja untuk bercuti bersama family, tetapi ber –honeymoon pun boleh dan team building pun.
Kalau inginkan kelainan, buat wedding di sini. Especially malam mesti cantik dengan lampu-lampu yang menghiasi sekitar The Haven Ipoh. Ehh.. belum habis lagi .. Ada lagi aktiviti kami di sini
Terima kasih untuk peluang bercuti di batu kapur . Untuk rasai sendiri menginap di sini, jangan lupa layari
Website | Facebook