ITEK ITIK ROAST DUCK –ADA KARI ITIK LAH, BEST KE? |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini bercerita tentang hidangan yang mungkin pernah atau bakal anda rasa? ITIK , Pernah ke anda rasa?
Kalau makan itik nie, ada pelbagai persoalan akan bermain diminda. Antaranya adakah ia berbau hanyir, keras ke isi nya bila dimasak, dan pastinya sedap ke tak.
ITEK ITIK ROAST DUCK
Berkesempatan untuk cuba sendiri hidangan itik disini pasti tidak dilepaskan. Bagaikan ‘challenge’ untuk merasa hidangan disini.
Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, meh kite kongsikan tentang restoran ini. Restoran ini baru dibuka pada 8 Julai 2022. Berlokasi di Damansara Jaya berdekatan dengan Atria Shopping Mall.
Memilih warna hijau sebagai warna tema restoran. Boleh dilihat dari jauh. Dalam satu masa boleh menempatkan dalam 70-100 orang pada satu masa.
Nak buat event seperti sambutan hari jadi mahupun reunion, disyorkan. Lihat saja dinding mural ini, comelkan
MENU APA YANG BEST?
Antara menu yang sempat dicuba
SIGNATURE CURRY DUCK PANDAN BUN
Roti pandan dibuat sendiri setiap hari. Dihidangkan bersama dengan kari itik. Sewaktu dihidangkan macam tidak percaya.
Dari teksturnya nampak macam kari ayam tapi hakikat bukan ye. Makan begitu saja boleh, cicah dengan roti pandan lagi wajib.
Rasa kari cukup rempah, isinya empuk dan layan ye
SMOKED CHICKEN RICE
1/4 ayam kampung yang telah disalai bersama ‘assam vege’ dan semangkuk nasi. Nasi sama seperti nasi ayam biasa.
Bagi peminat ayam kampung pasti tahu akan liat-nya isi ayam kampung selepas dimasak.
Kali ini Itek Itik Roast terlebih dahulu salaikan ayam untuk mendapatkan kelembutan isi daging yang sempurna.
‘Assam vege’ sesuatu yang baru buat KP dimana rasanya seperti sayur asin.
CRISPY ROASTED DUCK
Yang dihidangkan ini adalah 1/4 portion ‘bottom’. Tak sabar nak mencubanya.
Memula sekali pasti dicari baunya. Puas pusing kiri dan kanan pinggan tak dijumpa juga. Memang confirm tiada bau hanyir langsung. Makan begitu saja pun sedap.
Mana taknya, itik diperap selama 12 jam sebelum dimasak. Lihat sendiri warna kulitnya. Warna keemasaan menceritakan kerangupan a.k.a ‘crispy’. Isi pula empuk dan lembut.
ASSORTED DIM SUM
Mungkin ada yang tahu yang KP memang gemar dengan dim sum. Boleh menghadap sorang-sorang kalau makan dim sum ni. Pilihan kali ini
Stuffed Mushroom – Berbentuk seperti cendawan disumbat isi cendawan dan ayam.
Beancurd Roll – Dihidangkan dalam dua dimana ia nya diperbuat daripada ‘tofu skin’ atau kulit tauhu. Wajib dimakan semasa panas untuk merasa keeenakannya.
Golden Shrimp Roll – Wajib makan masa hidangan masih panas lagi . Ada udang dan isi lain yang dibalut dengan ‘tofu skin’, digoreng hingga perang keemasan.
PENCUCI MULUT
Crispy Taro Ball – Antara pencuci mulut yang patut dicuba. Taro atau nama lain iaitu keladi. Digoreng hingga perang keemasan. Bila digigit, terasa kemanisan keladi sebagai isinya.
Tekstur bagi isi taro ball seimbang dimana tidak terlalu manis. Sesuai untuk anak-anak yang baru atau ingin mencuba hidangan keladi.
DATANG BALIK TAK?
Pastinya akan datang balik. Untuk menghayati ‘Crispy Roasted Duck’! Tak puas makan hari tu.Setakat ini menepati citarasa dimana tiada bau hanyir yang boleh mencacatkan mood nak makan.
Dah boleh masuk list restoran Itek Itik Roast Duck nie. Harga berpatutan dengan ‘portion’ yang diberikan. Hubungi dahulu sebelum datang takut tutup pula nanti!
Facebook | Contact : 0377317917 , 0187887177