Intermark KL Sambut Deepavali Bertemakan Artistry of Diwali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Intermark KL Sambut Deepavali Bertemakan Artistry of Diwali|Jika tahun lepas Intermark KL menampilkan kolum dengan menggunakan fabrik kitar semula kali ini Artistry of Diwali memberi kelainan. Bazaar Utama oleh A Day mempamerkan pelbagai barangan dan hiasan sempena Diwali dengan warna ceria.

Deepavali yang bakal tiba kurang dari 2 minggu menyaksikan pelbagai persiapan di buat. Intermark KL Mall tidak terkecuali untuk menyambutnya sekali dimana menampilkan hiasan kolum di pintu masuk. Menyambut perayaan Deepavali dalam bulan yang sama ‘International Coffee Month’, kolum dibina adalah Replika Terbesar Burung Merak Diperbuat Daripada Serdak Kopi’.

Tidak sangka dengan serdak kopi dapat menghasilkan hiasan kolum secantik ini. BUkan itu sahaja ye kolum ini telah tersenarai didalam Malaysia Book Of Records 2019 ye.Kolum ini mensasarkan pada rekaan hiasan seekor burung merak yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula termasuk serdak kopi terpakai dan bungkusan kopi yang tidak digunakan lagi .

Ianya telah direka dengan kerjasama Fakulti Seni Rekaan UiTM dan Coffee2Fuels . Ini adalah diantara syarikat yang menumpukan pada sisa buangan. Hasil seni ini disiapkan oleh 59 pelajar dan mengambil masa selama 9 minggu untuk berkongsi dengan para pengunjung Intermark KL Mall.

Proses seperti melunturkan serta mewarnakan serdak kopi mengambil masa . Belum lagi mengasingkan, mengecat dan menjahit bungkusan kopi terpakai dan guni untuk menghasilkan bulu ekor burung.

Jangan lepaskan peluang dari 23 September hingga 27 Oktober 2019 dimana pelbahai persembahan perayaan di bawa oleh pelajar Sekolah Antarabangsa Taylor’s Kuala Lumpur .

Ada juga bengkel khas seperti mempelajari seni henna, demonstrasi bagaimana memakai sari dan juga lukisan gajah. Antara yang ada di bazaar ini adalah hiasan oleh Blue Eyes dan pameran hiasan oleh Living Circles Concept untuk melengkapkan keperluan Diwali anda.

Untuk maklumat lanjut layari
Website: www.intermarkmall.com
Facebook :https://www.facebook.com/IntermarkMallKL/



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge