IMAN TROYE “NANG” CAPAI ANUGERAH 4X PLATINUM, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi pada lagu Teman atau Pejam Celik Hari Raya? Atau ingat kah anda pada Iman Troye?

IMAN TROYE

Iman Troye mencatat jumlah 4X Platinum bersamaan dengan 1 Juta Ringgit Malaysia talent management revenue. Kini tampil dengan single terbaru berjudul “NANG”.


Ketika sambutan itu turut juga kehadiran MK KClique sebagai Duta PTTi yang turut serta didalam majlis tersebut. Sama-sama memeriahkan suasana sambutan Iman Troye 4X Platinum di Hotel Pullman Kuala Lumpur.

SINGLE NANG

Single yang menggabungkan genre pop dan klasik. Lagu dan lirik “NANG” ini merupakan hasil ciptaan Ezra Kong dan A.Ramlee. Single ini merupakan terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.

“NANG” juga dikolabrasikan oleh Hotlink. Hotlink menawarkan pengalaman hiburan tanpa henti. Menguasakan hiburan tempatan dalam laman sosial kegemaran Malaysia – YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok.

Menerusi kolaborasi bersama Iman Troye dan lagu berjudul “NANG”, Hotlink memantapkan penguasaan hiburan mereka. Juga menginspirasikan semangat #BikinSampaiJadi.

Pada masa sama memberikan peminat hiburan tempatan lebih banyak kandungan eksklusif dan pengalaman terbaik.

VIDEO MUZIK

Video muzik “NANG” ini turut menampilkan sisi bakat tari Iman. Ia diterbitkan oleh Adib Hamdi dan AliaElena sebagai penerbit eksekutif. Arahan Lily Samsuddin dan susunan koreografi yang menarik pula oleh Aus daripada Nasty Rock Crews.

Video muzik “NANG” menyajikan sajian visual yang tampak segar dan bertenaga setanding dengan video muzik antarabangsa.

Sejak dilancarkan pada 15 OKTOBER 2021 di kesemua pelantar muzik digital, “NANG” berjaya mencapai 1 Juta lebih tontonan.  Untuk video lirik dan video muzik dan mencapai Top 5 trending di YouTube. 

“NANG” juga telah mencapai Top 10 di Spotify. “NANG” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes. Layari

Youtube XO House.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge