IMAGINEX ANJUR ‘A NIGHT TO REMEMBER’ – SIAPA ARTISNYA?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rindu pada nyanyian Dato Jamal dan Zamani. Kalau rindu ini story untuk anda.

IMAGINEX

IMAGINEX sekali lagi bakal tampil dengan satu persembahan istimewa ‘A NIGHT TO REMEMBER’ . Berkonsepkan persembahan dan makan malam dengan tema ‘pop night’.

Kali ini menampilkan penyanyi lagenda, Dato Jamal Abdillah dan Zamani Ibrahim . Bakal diadakan pada 26 Mac 2022 di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

imaginex

LOKASI A NIGHT TO REMEMBER’

Tidak disangkal lagi, persembahan istimewa mereka mampu menarik peminat bagi mengisi tempat di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Keupayaan dan tarikan kedua dua penyanyi lagenda ini tidak perlu dipertikaikan, kerana mereka mempunyai kekuatan aura tersendiri.

Bakal memberikan persembahan istimewa dan mengegarkan. Pasti persembahan makan malam ini dinantikan oleh peminat mereka selain keserasian mereka bergabung.

DATO JAMAL DAN ZAMANI

Setakat ini, Dato Jamal dan Zamani sedang giat melakukan persediaan yang rapi. Berharap dapat memberikan yang terbaik buat peminat yang bakal hadir pada malam persembahan itu

imaginex

MUSICIAN.

Persembahan Dato Jamal Abdillah dan Zamani diiringi oleh Ritz Metalasia selaku pemain gitar dan MD, Fauzi Zain sebagai pemain bass.

Ano NRG sebagai pemain dram, Sham Wings sebagai pemain gitar dan Afiq sebagai pemain papan nada atau keyboard. Manakala Melissa, Oney dan Nuril selaku penyanyi latar .

Segala persiapan dan latihan bagi persembahan makan malam ini , dilakukan di Yon Studio Damansara.

imaginex

BERAPA LAGU DINYANYIKAN NANTI?

Dato Jamal Abdillah akan mempersembahkan sebanyak 8 buah lagu solo dan 2 buah lagu duet Bersama Zamani. Manakala Zamani menyampaikan sebanyak 6 buah lagu dan 2 buah lagu duet bersama Dato Jamal Abdillah.

Persembahan berdurasi selama 2 jam yang dijadualkan bermula dari jam 8.00 malam. Pihak Imaginex telah menyediakan sebanyak 100 buah meja dimana setiap meja hanya memuatkan 6 orang tetamu sahaja.

Semuanya mengikuti garis panduan yang disediakan oleh MKN dalam situasi semasa ketika ini yang masih dibelenggu wabak Covid 19.

MAKLUMAT TEMPAHAN DAN HARGA MEJA

Tiket-tiket untuk program makan malam anjuran IMAGINEX ini boleh didapati menerusi Ilassotickets bermula pada 8hb Februari 2022. Layari

Website IlassoTickets | Contact : 03-21706333

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge