DOLLA TAHAN SEBAK MASA MINI SHOWCASE, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ada yang tidak melepaskan peluang untuk menonton Dolla Mini Showcase tempoh hari.

DOLLA MINI SHOWCASE

Kumpulan DOLLA gagal menahan rasa sebak ketika menjayakan showcase sulung mereka. Dolla Mini Showcase diadakan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performance Art Centre (PJPAC) malam Sabtu lalu.


Selepas dua tahu ditubuhkan, Tabby, Angel, Syasya dan Sabronzo ubat kerinduan peminat menerusi showcase sulung yang dijayakan bersama rakan radio rasmi, Hot FM.

DOLLA

Sejurus selepas melantunkan lagu terakhir mereka, DOLLA dianggotai Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel masing-masing menitiskan air mata di hadapan 150 orang penonton sebagai tanda terharu atas sokongan yang diberikan.


Mengulas perkara itu, Syasya mengakui mereka sedikit emosi pada malam itu kerana momen itu adalah paling dinantikan peminat setia mereka, iDolla selepas penubuhan kumpulan itu dua tahun lalu.

MUNCUL WAKTU PKP

DOLLA muncul ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu. Justeru bila melihat iDolla di depan mata, perasaan kami tersentuh kerana inilah momen yang paling kami nantikan.


“Mereka adalah kunci kejayaan kami selama ini. Kalau ikutkan kami tak mahu menangis kerana jurusolek awal-awal lagi sudah bepesan kerana tak mahu mekap kami rosak.


“Tapi nak buat macam mana, perasaan kami sangat sensitif terutama membabitkan peminat. Kehadiran keluarga juga membuatkan kami sangat terharu.

Mana tak mereka juga adalah orang kuat sebalik kejayaan kami serta sering memberi motivasi supaya kami tidak mudah putus asa,”

-katanya pada sidang media kemudian.

HANYA SEJAM DURASI PERSEMBAHAN


Meskipun durasi persembahan memakan masa sejam .Menyampaikan lima buah lagu namun DOLLA tetap bersungguh dalam membuat persiapan.

“Kami sudah mengadakan latihan sejak sebulan lalu. Untuk tarian sahaja kami berlatih selama enam jam manakala latihan vokal mengambil masa dua hingga tiga jam sehari,”

-kata Sabronzo.


Menyifatkan showcase itu sebagai ujian pertama buat mereka, kumpulan yang baru muncul dengan single BAD ini turut mengakui sudah bersedia untuk membuat persembahan pada skala yang lebih besar.


“Sedih bila dapat tahu ada ramai peminat yang tidak dapat untuk bersama-sama kami malam ini .Ini kerana lokasi yang agak kecil, dan dari situ timbul keinginan untuk mengadakan persembahan di lokasi yang lebih besar.


“Kami harap hasrat itu dapat ditunaikan secepat mungkin,” kata Tabby.

STYLE RANGGI DARI DOLLA

Lima buah lagu yang mereka nyanyikan adalah Berani, Watch Me Glow, Dolla Make You Wanna, BAD serta Cold Blooded yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Jessi.


Tampil mengenakan baju hitam dengan potongan ranggi, mempamerkan persembahan penuh bertenaga menerusi koreografi yang memukau.

TIKET SOLD OUT DALAM 5 MINIT


Terdahulu, ramai peminat meluahkan rasa kecewa apabila tiket untuk menyaksikan showcase itu laris dijual dalam tempoh lima minit selepas dilancarkan pada 30 Januari lalu. 

Tahniah buat Dolla, hingga ke temu lagi untuk konsert atau showcase yang lain.

2 Comments

  1. Richard

    Dolla is a phenomenon now in Malaysia, wishing them all the more success in future projects, Please come to Seremban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge