I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) Musim Ke-empat Kini Bermula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) Musim Ke-empat Kini Bermula| I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) kini kembali untuk musim ke -empat.

I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY)

Program yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan bakal kembali untuk musim yang keempat pada tahun 2021.

Penangan hebat I Can See Your Voice Malaysia telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat. Bukan setakat bakat tetapi juga menghiburkan penonton dengan gaya tersendiri!

Musim ke 3

ICSYVMY Musim 3 yang telah bersiaran untuk 21 episod pernah mencecah 5.5 juta penonton. Ini mencatatkan kadar tontonan TV secara purata pada 3.1 juta penonton serta mengumpul 55 juta tontonan digital pada keseluruhannya.

Penyertaan I Can See Your Voice Malaysia 4

Penyertaan ICSYVMY4 kali ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Tidak kira anda seorang penyanyi atau penyamar. Penyanyi bagi mereka yang boleh menyanyi dan penyamar bagi mereka yang bersuara sumbang.

Anda dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan menghantar rakaman video ke www.xtra.com.my/icsyvmy. Bermula dari 14 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. Cukup masa untuk anda mengirimkan video anda.

Berminat?

Senang sahaja layari di www.xtra.com.my/icsyvmy . Isi borang dengan lengkap. Muat naik video uji bakat di dalam borang penyertaan itu.

Video nyanyian harus dirakam secara acapella, tiada iringan muzik dan tanpa ‘minus one’. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi.

Promo 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari

Website | Facebook, Instagram & Twitter



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge