Apa yang menarik tentang HUAWEI MATEPAD PRO 12.2-inci? Katanya pengalaman lebih baik Dari PC betul ke?
HUAWEI MATEPAD PRO 12.2-INCI
Katanya ramai rakyat Malaysia teruja untuk memiliki tablet berkuasa ini yang dapat mempermudahkan kehidupan harian mereka. Sama ada anda menguruskan kerja, tugasan sekolah, atau projek kreatif, peranti canggih ini membantu anda menyelesaikan semua dengan mudah.
Bukan sekadar tablet; ia direka untuk memberi pengalaman “Lebih Daripada PC”. Melalui inovasi ini, Huawei bertujuan menjadikan tablet sebagai pengganti yang mampu menggantikan komputer tradisional.
MULTITASKING DENGAN PENGALAMAN LEBIH DARI PC
Gaya hidup rakyat Malaysia semakin pantas dan penuh dengan multitasking, dan HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membolehkan peralihan tugas yang lancar. Bayangkan anda sedang mengedit video untuk tugasan sambil membuat penyelidikan – semuanya hanya menggunakan satu peranti.
Atau bayangkan menguruskan e-mel kerja semasa berulang-alik, kemudian dengan mudah beralih untuk menyediakan pembentangan untuk mesyuarat seterusnya. Membawa pengalaman seakan komputer riba ke mana sahaja, sambil mengekalkan kemudahan dan keselesaan untuk kekal produktif sepanjang hari.
TINGKATKAN PRODUKTIVITI DI HUJUNG JARI?
HUAWEI GLIDE KEYBOARD
Direka untuk menyelesaikan masalah biasa pada tablet seperti ketiadaan storan stylus khusus dan pengecasan. Meningkatkan aliran kerja dengan ciri pelarasannya yang fleksibel, sesuai untuk menaip dan tugas kreatif.
Semasa menggunakan tablet untuk melukis, keyboard akan kekal terangkat di atas pad sentuh, memberikan kestabilan tanpa mengganggu gerakan atau lakaran. Diperbuat daripada bahan yang lembut pada kulit, ia direka untuk tahan lasak termasuk terhadap tumpahan teh, kopi, atau minyak masak, menjadikannya sesuai dan selesa untuk kegunaan harian.
HUAWEI M-PENCIL
Dengan rekaan inovatif 2-dalam-1 untuk storan stylus & keyboard bagi HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, stylus akan dipasangkan dan dicas secara automatik apabila disimpan, memastikan ia sentiasa sedia digunakan walaupun selepas tempoh lama. Ini menghapuskan kerumitan mengurus aksesori stylus yang berasingan dan mengelakkan kehabisan kuasa apabila diperlukan.
TUGAS HARIAN CEMERLANG
HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membawa produktiviti ke tahap baru dengan WPS Office setara PC, menawarkan antaramuka seperti PC dan alat penyuntingan yang hebat. Pengguna boleh beralih dengan mudah dari PC ke tablet tanpa perlu menyesuaikan cara kerja mereka, hasil reka bentuk menu yang intuitif.
Ciri-ciri seperti memasukkan video dalam Presentation, Pivot Table dalam Spreadsheet, dan header serta footer khusus dalam Writer mempermudahkan aliran kerja dan menjadikan pengurusan tugas kompleks lebih efisien.
Sama ada anda seorang pelajar yang membuat laporan mendalam atau seorang profesional yang menangani pembentangan, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci memastikan pengalaman yang lancar dan efisien dengan semua alat yang diperlukan untuk menghasilkan dokumen berkualiti profesional.
TANDEM OLED PAPERMATTE
Dilengkapi dengan paparan Tandem OLED PaperMatte yang menakjubkan, dengan kecerahan sehingga 2,000 nits yang memberikan warna yang terang dan kejelasan untuk penstriman, membaca, dan pembentangan.
Teknologi lapisan piksel nano yang canggih memanjangkan jangka hayat paparan tiga kali ganda, manakala lapisan pengasingan piksel mengoptimumkan kecekapan kuasa sebanyak 33%, memastikan visual yang jelas walaupun di bawah sinaran matahari
ULTRA-NIPIS
Dengan nisbah kontras ultra-tinggi 2,000,000:1, resolusi 2.8K, dan nisbah skrin-ke-badan yang mengagumkan sebanyak 92% dengan bezel 4.6mm yang ultra-nipis, paparan ini memberikan pengalaman yang sangat imersif.
Kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz memastikan prestasi yang lancar untuk melukis, bermain, atau membaca.
RINGAN DAN TAHAN LASAK
Direka untuk mobiliti, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci yang ringan dan tahan lasak sesuai untuk sesi kuliah, sesi brainstorming, dan mesyuarat. Tambahan pula, teknologi PaperMatte mengurangkan silau dan meningkatkan keselesaan mata, dengan Sijil Premium Prestasi Keletihan Visual Rendah SGS 2.0.
WARNA
Tersedia dalam warna Premium Gold yang elegan, tablet ini memiliki penutup belakang Golden Silk yang unik, menetapkan standard baru dalam reka bentuk tablet.
GOPAINT MALAYSIA CREATING ACTIVITY 2024
Aplikasi GoPaint yang dibangunkan oleh Huawei telah mendapat pujian ramai untuk pelbagai jenis berus dan alatnya, menawarkan fleksibiliti kreatif kepada pengguna.
FLUID BRUSH
Dengan pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci, aplikasi ini memperkenalkan Fluid Brush baru yang meniru gabungan semula jadi pigmen seperti dakwat dan cat air, menyesuaikan kesannya dengan tekstur kanvas untuk aktiviti seperti melukis dan kaligrafi
Untuk meraikan pelancaran ini, Huawei memperkenalkan GoPaint Malaysia Creating Activity 2024, satu pertandingan seni digital peringkat kebangsaan yang akan berlangsung dari 12 Oktober hingga 31 Disember 2024.
Peserta boleh mempamerkan kreativiti mereka dalam kategori seperti Seni Sci-fi, Reka Bentuk Fesyen, dan Batik, dengan pemenang akan menerima HUAWEI Watch GT5 terkini. Dilengkapi dengan pelbagai fitur, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci adalah peranti ideal untuk artis yang ingin mengekspresikan diri melalui seni digital.
TAWARAN SEMPENA PELANCARAN
Dari 12 Oktober hingga 11 November 2024, pelanggan yang membeli HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci (Premium Gold) pada harga RM4,599 akan menikmati bundle hadiah eksklusif bernilai RM2,546.
Tawaran hebat ini merangkumi HUAWEI Glide Keyboard, HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, HUAWEI Sound Joy, dan HUAWEI Bluetooth Mouse.
Selain itu, mereka yang membeli secara dalam talian juga akan menerima baucar tunai tambahan sehingga RM300.
Website Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee| Kedai Flagship HUAWEI di Lazada.