MYBARBER LANCAR APLIKASI BETA UNTUK PERKHIDMATAN BARBER!

myBarber lancar aplikasi beta untuk memperkenalkan platform terbaru untuk perkhidmatan barber secara atas permintaan di Malaysia.

MYBARBER

Aplikasi inovatif yang memudahkan untuk membuat tempahan terutama dalam penjagaan rambut. Dengan ini secara rasmi telah melancarkan versi beta di SenakerLAH di MITEC, Kuala Lumpur.

Telah dirasmikan oleh pengasas TODAK, Azlan Zainal, pempengaruh dan pengasas Joe’s Barbershop, Safuan Bachtiar dan Firdaus Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Retrobee.

TEMU JANJI UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN MYBARBER

Ianya direka untuk memudahkan sesiapa saa yang ingin membuat temu janji untuk menggunakan perkhidmatan barber atau tukang gunting rambut. Perkhidmatan ini boleh dilakukan sama ada di rumah, di kedai mahupun dilokasi dimana pelanggan berada.

Dikatakan dengan aplikasi ini juga dapat merapatkan jurang antara pelanggan dan barber dimana menawarkan kemudahan, kecekapa dan kualiti yang dapat diakses bila-bila masa.

PLATFORM PERKHIDMATAN BARBER

Sebagai platform utama secara atas talian di Malaysia, barber ini semuanya berkemahiran tinggi dari segi perkhidmatan penjagaan rambut. Dengan memberi kuasa kepada barber untuk meluaskan jangkauan dalam era digital.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan barber secara langsung dan segi pendidikan khas mengenai penjagaan rambut. Semestinya pertandingan barber secara langsung, juga sesi pendidikan khas penjagaan rambut.

FAEDAH UNIK KEPADA PELANGGAN ADALAH

PELANGGAN

-Pengalaman tempahan yang mudah untuk perkhidmatan di lokasi bebas. Tidak kira di rumah atau di kedai. Dapat meneroka profil barber berdekatan, melihat penilaian dan pembayaran adalah ‘cashless’. Terlupa temujanji jangan lupa ada notifikasi untuk mengingati temu janji!

BARBER ATAU PEMILIK PERNIAGAAN

-Diberikan kit alat untuk mengurus tempahan dan mengaksese analitik perniagaan. Untuk barber bebas boleh menggunakan aplikasi untuk memperluaskan rangkaian pelanggan dan meningkatkan jangkauan.

APA YANG MENARIK TENTANG MY BARBER

Dengan myBarber, pelanggan dapat berhubung dengan barber berkemahiran tinggi di sekitar. Dan barber pula boleh menggunakan alat digital untuk mendapatkan pelanggan baru dan mengembangkan perniagaan mereka.”

“Matlamat kami adalah untuk mereka semula pengalaman barbering dengan menjadikannya mudah diakses dan senang untuk semua orang,”

-kata Hazman.

Memetik kata-kata pengasasnya, Azlan Zainal, myBarber ialah sebuah inisiatifnya yang memberikan kelainan berbanding aplikasi tempahan lain. Idea mula tercetus ketika pandemik melanda seluruh negara di mana orang awam memerlukan khidmat pemotongan rambut di rumah.

REVOLUSI TEMPAHAN GUNTING RAMBUT

Merevolusikan proses tempahan perkhidmatan grooming tradisional, membolehkan pengguna menempah khidmat potongan rambut dan meneroka portfolio barber berdekatan. Yang menjadikan ianya lagi mudah dimana pembayaran tanpa tunai hanya melalui satu aplikasi.

Platform ini juga menyokong barber bebas dengan membantu mereka mencapai pelanggan baharu, menyediakan alat digital untuk mengurus temu janji dengan lebih baik. Jadi lebih mudah untuk mengembangkan perniagaan dimana ianya boleh di akses di mana-mana.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge