HIDANGAN 1001 RASA DI THE GRAND CAMPBELL HOTEL, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramadan bakal tiba, dah ganti puasa ke belum? Pasti ada yang tertanya dimana nak berbuka bukan?
Tahun ini insyallah KP bakal berkongsi antara lokasi menarik untuk berbuka puasa tidak kira bersama kengkawan mahupun ahli keluarga tersayang.
HIDANGAN 1001 RASA
Pertama kali ke sini – The Grand Campbell Hotel. Teletak berdekatan dengan SOGO dan juga Kompleks Campbell di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Antara hotel tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.
Ini juga merupakan lokasi berbuka yang selalu mendapat sambutan kerana berada di ‘kawasan shopping raya’ sekitar Kuala Lumpur.
Dari tema saja pasti dah boleh tahu dimana bakal menghidangkan lebih dari 100 aneka hidangan berbuka puasa.
HARGA BERBUKA PUASA
Menikmati juadah berbuka puasa pada harga yang berpatutan dengan pelbagai hidangan yang ada seperti sajian melayu. Harga adalah RM 78 untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak.
ANTARA PILIHAN MENU HIDANGAN 1001 RASA
Ini baru sedikit menu yang dikongsikan sewaktu preview tempoh hari. Pada hari asal sewaktu bulan Ramadan nanti lebih dari 100 hidangan akan dijamu buat semua.
HIdangan utama yang ada sempat di rasa
Ini yang di cari dulu – Pecal
Nak jeruk pun ada pelbagai pilihan
Pemanis mulut pun ada
minuman sejuk pun ada. yang air biru cam ala-ala detox
DEE JANGAN KETAWA
Untuk anda yang biasa menonton drama ‘Jangan Ketawa’ pasti kenal dengan selebriti ini. Cef Dee yang lebih kenal dengan ‘Dee Jangan Ketawa’ bakal menghiburkan para pengunjung berbuka puasa sepanjang Ramadan.
MENGINAP + SAHUR PUN ADA?
JIka ada yang inginkan pengalaman menginap dan bersahur, boleh menginap di The Grand Campbell Hotel sepanjang bulan Ramadan.
Harga promosi RM 150.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur untuk 2 orang). Atau RM300.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang).
153 BILIK?
Menawarkan sebanyak 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe, dan Bilik Eksekutif selain tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang.
Di samping itu, bakal memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell.
Kedudukan lokasi hotel yang strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo.
Website| Contact :012-497 1600 / 018-976 7177| Email |