HERBS OF GOLD LANTIK UYAINA ARSHAD SEBAGAI DUTA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang tidak kenal dengan Uyaina Arshad? Bakal menjadi duta jenama pertama untuk memperkenalkan rangkaian halal.
HERBS OF GOLD
Mengumumkan perlantikan selebriti – Uyaina Arshad sebagai duta pertama untuk jenama ini. Jenama suplemen kesihatan nombor 1 yang dipasarkan secara eksklusif di Farmasi Caring.
Karismatik dan mempunyai komitmen tinggi antara faktor utama yang menjadikan beliau wajah ideal untuk Herbs of Gold.
Syarikat kelahiran Australian yang diasaskan tahun 1989. Fokus utama adalah menghasilkan suplemen terapeutik dengan ‘Gold Standard’ sesuai untuk semua lapisan umur.
Direka untik menangani pelbagai keperluan kesihatan terutamanya buat anda yang senantiasa sibuk.
Baca: Bio Essence Rose Gold Water
UYAINA ARSHAD
Selebriti tanah air yang terkenal sebagai seorang pelakon, pengacara. model dan juga penyanyi kini menjadi wajah untuk Herbs of Gold.
Sebagai salah seorang personaliti TV dan juga ibu, Uyaina faham akan kepentingan penjagaan diri dan kesihatan terutama untuk mengurus jadual diri yang sibuk.
“Keyakinan terhadap Uyaina yang begitu dedikasi dalam hal penjagaan diri, menjadi sumber inspirasi yang boleh memotivasikan orang ramai diluar sana.
Bahkan juga percaya kekuatan Uyaina akan membawa pandangan baru kepada jenama ini.
Dengan sokongan ini, kami berharap dapat memperkenalkan rangkaian produk Halal berkualiti tinggi dengan lebih meluas terutamanya pasaran masyarakat Melayu,”
-kongsi Cik KS Beh, Ketua Negara Vita Life Sciences [Malaysia dan Singapura]
KERJASAMA BERDUA
Harap dapat membantu dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini.
Berusaha untuk meyakinkan pengguna bahawa produk berkualiti unggul sejajar dengan standard jenama Halal.
Melalui kerjasama ini juga, dapat mengukuh dan menginsipirasi rakan-rakan lain untuk secara proaktif mencapai kesihatan yang optimum.
NMN+
Dengan bangganya memperkenalkan NMN+, eliksir kecantikan yang dirumus khas untuk individu dengan gaya hidup sibuk.
Ianya juga menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk mencergaskan dan mengekalkan penampilan muda secara semulajadi.
Dikuasakan oleh Riagev, rumusan eksklusif yang telah terbukti secara klinikal.
Selain itu juga dapat membantu meningkatkan penghasilan NMN dan NAD+ secara semulajadi dalam tubuh untuk meningkatkan tahap tenaga dan lebih berseri .
Dengan pembungkusan sachet ini tampak lebih mudah, senang dan ringan untuk dibawa kemana-mana walaupun sedang sibuk