Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
HARI INI HARI RAYA -SINGLE RAYA DARI AMIR MASDI | Hari ini hari raya … Pasti ramai dah tak sabar nak menyambut walaupun masih ada dalam 5 hari lagi .
HARI INI HARI RAYA
Ciptaan sepenuhnya oleh Shazee dan Altimet adalah buah tangan terbaharu Amir, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi. Lagu ini dianggap kena dengan dirinya sekali gus menjadi hiburan halwa telinga peminat.
“Lagu ini secara asasnya mengenai raya. Cuma ia lebih kepada luahan hati dan pesanan buat yang mendengar. Lirik disampaikan dalam bentuk kasual, macam memberi pesanan. Pendek kata ia bukan macam lagu raya lain.
LAST MINUTE ?
“Boleh dikatakan saya merakamkan lagu ini agak ‘last minute’ juga iaitu pada dua minggu lepas. Saya rakam lagu pada Rabu. Penggambaran video muzik pula pada Jumaat minggu itu. Pada pagi Jumaat itu, pengurus menghubungi saya dan ajak untuk ‘shoot’ video muzik.
Pada waktu itu juga barulah fikir idea dan konsep video muzik. Alhamdulillah, hasilnya menarik. Video muzik ini membabitkan saya seorang saja tapi saya ditampilkan dalam karakter yang pelbagai. Jadi, konsep video muzik lagu ini memang lain,”
-katanya.
LAGU RAYA PERTAMA?
Impian untuk memiliki lagu raya sendiri tercapai. Ini adalah lagu raya pertama yang dirakamkan sepanjang pembabitan dalam bidang nyanyian
“Sebelum ini tidak pernah terfikir nak rakam lagu raya. Kebetulan tahun ini dapat lagu raya yang menarik. Kalau nak tahu, pada asalnya nak lancar lagu ketuhanan, tapi tak puas hati sangat, jadi tak jadi buat.
“Apabila dapat lagu ini, saya dan syarikat rakaman suka dengan melodi. Itu yang ambil keputusan untuk rakam lagu ini. Malah, ini adalah kerjasama pertama saya dengan kedua komposer ini.
“Secara peribadi, melodi lagu ini lebih rapat dengan pendengar dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tak biasa nyanyi lagu ceria, jadi lagu ini saya pilih sebab nak bagi orang dengar selain ia adalah nyanyian saya,” katanya.
LAGU RAYA EVERGREEN
Pastinya lagu ini tidak boleh dibandingkan dengan kebanyakan lagu raya popular dan evergreen lain. Single lagu Hari Ini Hari Raya tetap memiiki kelebihan dan keunikan tersendiri.
“Kalau nak kata lagu ini boleh setanding dengan lagu raya evergreen lain, sejujurnya biarlah rezeki yang menentukan perkara itu. Lagi pula, lagu raya lama memang kuat aura. Signature’ lagu raya sudah melekat dalam lagu itu.
“Macam lagu raya baru sekarang ia lebih kepada untuk segarkan telinga pendengar. Malah untuk penyanyi itu sendiri juga lebih kepada untuk profil kerjaya mereka. Macam saya, memang nak ada lagu raya sendiri.
“Jadi, apabila keluarkan lagu raya ini, ia bukan untuk kalahkan lagu raya sedia ada. Sekurang-kurangnya kehadiran lagu raya say aini memeriahkan lagi suasana sambutan raya tahun ini,” katanya.
Berkongsi mengenai kenangan setiap kali menyambut hari raya, Amir yang meminati lagu raya Cahaya Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone berkata, dia sangat merindui suasana beraya dan juadah raya di kampung.
RINDU JUADAH RAYA KAMPUNG
“Saya paling terkenang makanan. Selalunya makanan di kampung rasanya lain sebab orang tua masak jadi ia istimewa. Kalau orang lain sibuk bermain mercun, saya lebih suka makan, menonton TV dan layan filem P Ramlee ramai-ramai.
“Jadi, apabila tak balik kampung sejak tahun lalu, mak yang masak, tapi tak sama ‘vibes’ kalau beraya di kampung. Lagi pula, di kampung banyak menu lain dan menarik terutama kalau pergi berziarah. Kalau di KL apa yang ada saja. Paling tidak pun makan di kedai makan,”
Lagu Hari Ini Hari Raya sudah boleh distrim di semua platform muzik digital bermula semalam. Sementara video muzik lagu ini boleh ditonton di saluran