Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
#KECOHRAYATIKTOK CONTEST VIDEO KECOH RAYA PALING KECOH! | #KecohRayaTikTok untuk peminat TikTok apa lagi jom kite. Sambil sambil dengar lagu raya jom buat TikTok
#KECOHRAYATIKTOK
Sebenarnya ini adalah lagu raya terbaru dari kerjasama Universal Music Malaysia dan Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd bersama dengan TikTok. Kecoh Raya sebenarnya untuk mendorong semua menikmati lagi ini bersama-sama sempena Aidilfitri yang akan tiba.
LAGU KECOH RAYA
Kecoh Raya adalah lagu penuh berbentuk perayaan yang akan dilancarkan di semua peranti penstriminan digital pada 7 Mei 2021. Raya kali ini walaupun dapat di sambut dengan penuh kesyukuran, pengampunan dan pendamaian tetapi masih dalam norma baru.
TikTok Kecoh Raya adalah usaha jenama untuk membawakan kembali kenangan manis semangat Raya yang penuh keriuhan di TikTok.
TIKTOK
“Pengalaman Hari Raya, bersama dengan musim perayaan utama lain di negara ini telah berkembang secara digital sepanjang tahun lalu. Platform sedia sosial telah membantu memastikan rakan dan keluarga tetap terhubung untuk perayaan digital.
Selain menghubungkan orang, TikTok telah memainkan peranan penting dalam memastikan ramai tetap terhibur dan terdidik. Untuk terus memanfaatkan potensi dan kekuatan platform TikTok, kami dengan senang hati bekerjasama dengan 2 syarikat gergasi. Semestinya Universal Music Malaysia dan RocketFuel Entertainment Sdn Bhd sempena Raya 2021 untuk #KecohRayaTikTok,”
-kata Loh Kai Zhi, Pengurus Pemasaran Kanan Wilayah SEA, TikTok.
ARTIS YANG TERLIBAT
Kecoh Raya TikTok menampilkan Alvin Chong, Diana Danielle dan Kowachee dari Universal Music Malaysia. USOP dan Ara Johari dari Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd. Manakala Daniel dan Zahier dari ERA dan Izzryn dari TikTok.
Kesemua artis dapat dilihat memberikan sepenuh jiwa raga dalam video muzik yang kini boleh didapati di laman YouTube TikTok dan Universal Music Malaysia. Lagu ini juga akan dimainkan di stesen radio ERA. Jadi ada peluang untuk anda dapat mendengar lagu ceria ini sewaktu dalam perjalanan anda untuk bekerja!
KONGSI ARTIS YANG TERLIBAT
“Kecoh Raya sangat sesuai untuk TikTok kerana ia adalah lagu penuh semangat dan sangat menarik. Sebilangan besar lagu Raya yang pernah kita dengar lebih melankolik. Orang bercerita tentang bagaimana mereka tidak dapat bersama ahli keluarga mereka untuk menyambut lebaran.
Namun, Kecoh Raya menampilkan suasana Raya yang ceria, yang dapat menyuntik elemen positif serta kegembiraan kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur menikmatinya! ”
-kata Alvin.
“Ini adalah pengalaman baru buat saya, kerana saya berpeluang menyanyi dan bukan sekadar rap sahaja. Penggambaran video muzik itu juga menyeronokkan serta mengujakan. Ada artis Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd & Universal Music Malaysia serta pencipta kandungan TikTok. Saya suka bekerja dengan mereka, kami rasa seronok! “
-Lain pula untuk Kowachee
“Ia membawa getaran berbeza yang jarang berlaku. Saya perlu menari sewaktu penggambaran video muzik ini dilakukan. Ia menyeronokkan! Saya berasa bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan artis-artis lain. Mereka hebat!
-tambah Ucop
“Ia seperti hembusan udara segar untuk lagu Raya moden. Liriknya cukup mudah untuk pendengar ingati, dan sangat seronok bekerja dengan artis lain. Kami bertukar pendapat dan sudut pandangan, yang mana kebanyakannya positif”
-kata Daniel Zaini.
“Mari kita tinggalkan semua kesedihan dan hiduplah pada saat ini bersama-sama! Harapan agar pendengar dapat menikmati keseronokan sewaktu mendengarkan laguini.
-kata pasangan Daniel Zaini -, Zahier Yusoff dari ERA
CABARAN #KECOHRAYATIKTOK
Untuk menambahkan keseronokan, cabaran #KecohRayaTikTok, anjuran bersama Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia. Ini mendorong semua orang untuk bersama-sama menyanyikan lagu ini . Video Raya yang dihasilkan paling kreatif dan kecoh berpeluang memenangi pelbagai hadiah.
Antaranya iPhone 12 256GB dan baucer Raya bernilai RM500. Banyak lagi hadiah boleh diraih termasuklah Apple Watch, Apple Airpods dan baucar Raya eksklusif. Kempen yang bertujuan menyatukan semua orang sekalipun berjauhan ini berlangsung dari 7 hingga 23 Mei 2021.
Muat turun atau buka aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar #KecohRaya atau dapatkan maklumat lanjut mengenai
Website TikTok TREATS.