The Last Altimet Show Konsert Hadiah Persaraan Buat Para Peminat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The Last Altimet Show Konsert Hadiah Persaraan Buat Para Peminat|Pengembaraan karier Altimet sepanjang 20 tahun memperlihatkan beliau membuat persembahan di pentas-pentas besar, juga di peringkat antarabangsa. Kini, beliau mengambil keputusan untuk membuat konsert terakhir sebelum mengundurkan diri daripada menjadi seorang rapper.

Konsert terakhir Altimet – ‘NESCAFE Mempersembahkan The Last Altimet Show ini telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 di Dewan Merdeka, PWTC. Altimet memberikan sebuah persembahan hangat buat kali terakhir sebagai kenangan perjuangan beliau sebagai seorang rapper, hasil kerjasama di antara NESCAFE dan penaja Iokasi, PWTC.

Hampir 4000 peminat dan tetamu jemputan menyaksikan Altimet di atas pentas buat kali terakhir. Konsert The Last Altimet Show ini turut membawakan barisan artis hebat tanahair 20 artis seperti Joe Flizzow, SonaOne, Tomok, Hazama, Aman RA, Awi Rafael, Aizat Amdan, Noh Salleh, Zizi Kirana, Adeep, Kidd Santhe, Amir Jahari, ‘Ila Damiaa, Salammusik, Sasha Ningkan, Dan Shiv, Cuurley, The Kawan Band dan DJ trio, Stylustiks.

Buat julung-julung kalinya, sebuah konsert hip-hop The Last Altimet Show yang diiringi oleh “live band” selama dua (2) jam tanpa henti membawakan sebanyak 26 lagu. Beliau juga merupakan artis solo pertama yang berjaya mengumpulkan 20 artis untuk sama-sama menjayakan satu (1) persembahan bersamanya. Artis-artis yang ditampilkan juga merupakan artis yang sama terlibat dalam lagu-lagu Altimet.

November yang lalu, Altimet semasa menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-40, beliau mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada menjadi seorang rapper. Pada bulan Disember pula, beliau telah melancarkan album ‘O’, yang diisytiharkan sebagai album rakaman terakhir beliau. Album yang berkonsepkan cinta Altimet terhadap muzik dan pengembaraan beliau dalam karier sebagai rapper. Di bulan Februari pula The Last Altimet Show adalah konsert terakhir.

Namun begitu, beliau masih akan terus berada dalam industri tetapi disebalik tabir. Beliau turut menyatakan bahawa konsert ini adalah hadiah buat keluarga, rakan-rakan dan peminat yang telah menyokong beliau selama ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge