Happikiddo Anjurkan Baby Shower Mega Bersama Selebriti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Happikiddo Anjurkan Baby Shower Mega Bersama Selebriti | Happikiddo adalah di antara kedai barangan bayi yang terkenal dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, Terbaru, acara tahunan iaitu Baby Shower” telah diadakan di cawangan terbesarnya berlokasi di Quilll City Mall yang menyaksikan lebih dari 100 ibu bapa berkumpul untuk sama-sama bergembira dan memanjakan diri. Antara selerbriti yang hadir adalah Nad Zainal dan Hanis Zalikha

Ibu-ibu hamil berkumpul untuk berkongsi momen dan mengeratkan lagi perhubungan di samping menyertai permainan dan aktiviti dimana hadiah cabutan bertuah bernilai RM 30,000 diberikan kepada peserta. Hanis Zalikha turut disertai oleh rakan -rakan selebritinya Nad Zainal dan Liyana Jasmay untuk meraikan kehamilan dan memperingati perjalanan indah bergelar ibu

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Happikiddo, Ms Elaine Chew – pemahaman tentang Baby Shower kerap disalah anggap sebagai proses memandikan bayi dalam sebuah acara.

“Baby Shower merupakan acara tradisi yang lazim dalam pelbagai kebudayaan dimana seorang ibu mengandung diberi perhatian dan diraikan oleh kawan-kawan jua keluarga melalui acara ini dimana ianya adalah antara cara yang bermakna untuk menandakan transformasi wanita tersebut menjadi seorang ibu.””Kehamilan merupakan pengalaman istimewa dalam kehidupan setiap wanita. Kami berbangga untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan menjadi sebahagian dari perjakana mereka menuju Baby Wonderland. Malah sebagai ibu juga, kami berasa bangga dan memberi penghormatan untuk berkongsi pengalaman ini bersama mereka dengan menawarkan produk bayi yang berkualiti dan pratikal serta ditambah dengan pelbagai lagi faedah pada nilai yang lebih baik. “

Pada hari ini, Baby Shower yang diadakan memberi tips buat bakal ibu bapa selain dari nasihat. Malah Hanis Zalikha turut berkongsi nasihat buat bakal ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata. Nad Zainal pun turut memberi tips tips pada hari itu dimana selain itu seisi ini juga menyediakan panduan tentang persiapan kedatangan bayi oleh Happikiddo.

Bersempena dengan acara Baby Shower, Happikiddo turut melebarkan sayap dalam perkhidmatan hadiahnya untuk memenuhi permintaan permberian hadiah secara peribadi. Ianya dinamakan sebagai “Happikiddo Gifts” anak syarikat ini berkerjasama dengan pihak Flores KL untuk menawarkan bakul berisi bunga dan hadiah kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Harga untuk bakul hadiah tersebut bermula dari RM 299.

Selain itu ada juga menawarkan lebih dari 100 jenama antarabangsa dengan lebih daripada 10,000 produk yang merangkumi segala keperluan ibu bapa dan bakal ibu bapa dibawah satu bumbung. Dari makanan bayi, permainan pendidikan , makanan penting dan peralatan mandian , pakaian, buku dan perabot nurseri. Happikiddo juga menawarkan penyelesaian untuk ibu bapa dengan menawarkan barangan yang paling selamat dan berkualiti tinggi.

Pertandingan merasa makanan bayi diadakan untuk bakal ibu bapa dan perlu meneka apakah ia! Pelbagat gelagat dan ragam di rakamkan sewaktu hari itu

Ada juga cabutan bertuah diadakan buat para tetamu yang hadir

Inginkan maklumat lanjut layari

Website: www.happikiddo.com

Facebook : www.facebook.com/happikiddo

 


1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge