Sesuatu yang menarik dimana bukan setakat dapat merasa menu dan hidangan tetapi juga ianta antara perayaan yang julung kali diadakan – Grand Trunk Road Festival di Barbeque Nation.
Selami warisan budaya, cerita, dan rasa sepanjang tempoh perayaan ini yang diadakan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
GRAND TRUNK ROAD FESTIVAL
Satu sambutan yang julung kali diadakan di tengah bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Pavilion Kuala Lumpur. Perjalanan kulinari yang penuh dengan tradisi dan semestinya rasa. Bermula dari 21 Oktober hingga 10 November 2024 pelbagai menu dihidangkan & kejutan.
CERITA LALUAN SEJARAH
Grand Trunk Road, atau lebih dikenali sebagai GT Road. Rupanya ianya laluan perdagangan utama yang bukan baru tetapi sudah lebih daripada 2,500.
Dari Kabul ke Peshawar dan kemudian ke Delhi. Tak berhenti di sini terus ke Kolkata dan berakhir di Chittagong. Mengikut cerita dikatakan ini adalah laluan atau jambatan budaya untuk rakyat.
Sepanjang perjalanan ini, rasa, tradisi, dan cerita bertaut dan berkembang, membentuk kepelbagaian hidangan yang kita kenali hari ini.
SOROTAN GRAND TRUNK ROAD FESTIVAL
Memandangkan hidangan di festival ini dari setiap wilayah yang dilalui, antara yang menarik atau perlu dicuba atau dirasai adalah
WARISAN KULINARI
Nikmati dari grill Peshawari yang kaya dengan rempah,
Cheese Nan dan Keema Nan
Kari kambing
Pelbagai briyani
Hidangan manisan
PENAMPILAN CHEF KAMAL NEGI
Lebih istimewa lagi, festival ini menampilkan chef terkenal dari UAE, Chef Kamal Negi. Dengan kepakaran beliau dalam masakan India serantau, Chef Kamal akan menyediakan hidangan eksklusif khas untuk festival ini.
HIASAN TRADISIONAL
Lokasi restoran dihiasi dengan elemen-elemen bersejarah yang membawa anda seolah-olah berada di pasar-pasar dan perhimpunan budaya sepanjang GT Road.
PERSEMBAHAN DARI KAKITANGAN
Saksikan persembahan tarian oleh kakitangan restoran, yang akan membangkitkan suasana riang dan meriah sepanjang acara
BOOTH KHAS UNTUK PARA PENGUNJUNG
Pengunjung boleh melihat artisan yang menunjukkan kemahiran tradisional seperti pembuatan bangles lac, henna
‘Chai Ki Tapri’ yang memaparkan seni kraf dan kebudayaan dari wilayah-wilayah sepanjang GT Road
KONGSI MR. BIRJU
“Kami sangat teruja untuk menganjurkan Grand Trunk Road Food Festival, sebuah acara yang bukan sahaja tentang makanan tetapi juga perayaan tentang hubungan, budaya, dan cerita yang telah menelusuri laluan bersejarah ini selama berabad-abad.
Setiap hidangan mewakili sebahagian daripada sejarah, sebuah wilayah, dan tradisi, menjadikan festival ini satu pengalaman yang benar-benar mendalam,”–
-Mr. Birju Raika, Pengarah Urusan & Penganjur di Barbeque Nation.
PERARAKAN BUAT PENGUNJUNG
Kebetulan pada 21 Oktober 2024, hari pertama festival ini, telah diraikan dengan perarakan dari kakitangan. Diserikan dengan muzik tradisional dan persembahan menarik. Setiap hari jam 6 petang dan 8 malam sediakan kamera anda dan rakamkan tarian yang dipersembahkan selain menikmati hidanga.
HARGA
Untuk Grand Trunk Road Festival di Barbeque Nation adalah wakatu makan tengah hari Hanya Sabtu – Ahad & Cuti Umum (12pm – 3:30pm) . Waktu makan malam dibuka setiap hari (6pm – 10pm).
– Isnin hingga Khamis – RM79 per pax
– Jumaat hingga Ahad – RM84 per pax
Tempahan | Instagram | Contact : 60 11-6390 6088
INFORMASI TENTANG BARBEQUE
Barbeque Nation terkenal sebagai restoran bufet yang menawarkan pengalaman makan yang interaktif dan menyeronokkan. Dikenali dengan pelbagai hidangan panggang, perisa tempatan, dan acara budaya yang menarik, Barbeque Nation terus memukau penggemar makanan dengan tema inovatif dan suasana yang meriah.