GALAXY BUDS2 PRO BERI KELAINAN, AMAZING!

GALAXY BUDS2 PRO BERI KELAINAN, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sekarang nie, pelbagai teknologi terbaru terutama dalam gadjet yang digunakan dalam kehidupan.

Kalau dahulu kite menggunakan ‘smartphone’ untuk membalas email, menghantar SMS – mana ada SMS dah sekarang zaman Whats App !. Ada juga menggunakan ia sebagai medium untuk menonton filem atau drama atas talian [online].

Yang lain pula menggunakannya untuk mendengar lagu sama ada melalui platform YouTube, Spotify mahupun aplikasi lain.

SAMSUNG GALAXY BUDS2 PRO

Bila kali pertama dikongsikan oleh rakan akan keluaran terbaru ini, terdetik hati pasti ianya lebih bagus kerana ini adalah Galaxy Buds2 Pro.

Mesti banyak yang telah dinaik taraf selepas mendapat pendapat atau perkongsian dari pengguna. Termasuk dengan KP sebagai salah seorang pengguna sebelum ini.

Jom KP sharekan apa yang menarik tentang keluaran terbaru Buds2 Pro ini!

WARNA

Yang ini menjadi perkara penting sebelum membuat pembelian. Untuk kali ini terdapat 5 warna pilihan untuk dipilih. Lavender, Black Onyx, Graphite, Olive dan Putih

BLACK ONYX – Memang pada yang mengikuti KP selama ini pasti sedari yang warna hitam adalah antara warna kegemaran KP. Mana taknya senang untuk dipadankan dengan warna yang lain.

Tidak kira dalam pemakaian mahupun dalam barangan seperti ‘smartphone’ mahupun aksesori.

KELAINANAN-NYA

Nikmati bass dan treble pembesar suara dinamik dua hala. Memberikan kualiti bunyi seimbang dan pastinya setiap saat perjalanan lebih membahagiakan sambil mendengar.

NOISE CANCELLATION

Kenapa menggunakan Galaxy Buds2 Pro? Ini antara sebabnya. Ia mempunyai fungsi ‘noise cancellation’ atau pembatalan bunyi . Apa yang membezakan dengan yang lain?

Mempunyai 3 mikrofon yang dapat membantu menyekat bunyu yang tidak diingini. Apabila membuat panggilan suara lebih jelas tidak kira sama ada membuat di lokasi mana.

Jika di dalam ‘meeting’ atas talian seperti zoom meeting atau microsoft team, wajib ada Buds2 Pro. Ia dapat meminimumkan bunyian terutama sekali bila anda berada di luar dimana riuh rendah / bising seperti di kedai makan

REKA BENTUK

Bertanya tentang reka bentuk, ia masih dalam bentuk yang sama kecuali fon telinga adalah lebih kecil. Di reka sebegitu agar tampak kemas apabila menggunakannya di dalam telinga tanpa melekat.

Ia juga antara fon telinga yang paling ringan [5g setiap satu]. Mempunyai juga 3 saiz petua silikon yang lembut dan fleksibel.

Kemasan yang licin, matte yang kelihatan elegan buat siapa yang menggunakan atau memilikinya. ‘Casing’ nya pula ringan dan memang mencengkam. Yang penting ringan, mudah alih dan boleh dicas semula.

BATERI TAHAN LAMA?

Bila dah asyik menggunakan-nya pasti tertanya berapa lama ia boleh bertahan sebelum di cas semula. Bateri Galaxy Buds2 Pro dapat bertahan sehingga 5jam untuk ‘play time’ dan 20 jam lagi ‘full charged case’, bermaksud cas menggunakan casing.

CIRI- CIRI LAIN YANG ADA

Ciri ANC – dimana boleh mencari kesesuaian untuk mendapat pengalaman ANC yang terbaik. Jika menggunakan aplikasi Galaxy Wearable – cari ia dari menu ‘Earbud Fit Test’.

Audio 360 – bunyi disekeling dimana teknologi ‘Dolby head Tracking’ bakal memberikan pengalaman yang luar biasa iaitu 360. Dolby Atmos pula bakal melakukan lebih dari mendengar dan seolah memberi penghayatan pada cerita/muzik itu.

Auto Switch – ia akan bersambung dengan peranti Galaxy yang lain. Boleh gunakan menonton filem gunakan Samsung Tab, main muzik pada Galaxy Watch4. Juga Quick Buds Control bantu untuk hidupkan atau matikan ANC.

SAMBUNGAN AUTOMATIK

Disambung secara automatik jika menggunakan telefon Samsung melalui Samsung Seamless Codec, Bluetooth atau AAC. Fungsinya hanya melalui telefon.

Pegang Buds2 Pro di telinga lama sedikit, untuk ia memberi signal dari fon ke telefon. Dengan sentuhan sekali ia akan dimainkan, 2 kali akan langkau ke hadapan [forward].

Nak aktifkan noise cancellation – ANC mahupun Bixby dan Spotify. Kuatkan ‘volume’ boleh ke? Boleh cuma kawal dari fon telinga sama ada tekan ke bawah fon telinga kiri atau ke atas fon telinga kanan.

SO, BEST KE TAK?

Buat anda yang inginkan kelainan boleh mencuba Galaxy Buds2 Pro. Lebih ringan , mudah dan selesa. Noise cancellation dan Auto Switch antara sebab untuk anda pertimbangkan.

Terutama yang selalu ‘on the move’ ataupun ‘freelance’. Agar dapat membuat kerja, mendengar muzik dan mengikuti ‘meeting’ tanpa ada gangguan. Terutama bila berada di luar atau tempat terbuka.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge