KING OF FLAGSHIP-SIRI HUAWEI MATE50 AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ini ada dikongsikan tentang keluaran produk terbaru dari Huawei dan ini yang dinantikan
PELANCARAN RASMI KING OF FLAGSHIP
HUAWEI Malaysia secara rasminya mengumumkan pelancaran peranti terbaharunya sebagai tambahan kepada barisan produk Mate. Siri HUAWEI Mate50, berharga bermula dari RM3699 dan seterusnya.

BUKAN SATU TETAPI 3
Terdapat dalam tiga varian, HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate50 Pro dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather.
Peranti flagship atau lebih dikenali sebagai King of Flagship adalah telefon pintar yang dipacu prestasi terkini. Merangkumi teknologi terkini dan inovasi yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini.


HUAWEI MATE50
Siri HUAWEI Mate50 melambangkan langkah utama ke hadapan dalam estetika telefon pintar, terutamanya pada reka bentuk simetri Space Ring dan reka bentuknya yang halus.
Mate50 Series mengandungi Kamera Ultra Aperture XMAGE, yang mempunyai apertur fizikal boleh laras skala-10 yang pertama dengan keupayaan fotografi versatil yang pernah dilihat pada telefon pintar Mate.
Begitu juga dengan kaca sekuat batu “Kunlun Glass”, yang meningkatkan rintangan jatuh telefon sebanyak 10 kali.

CIRI EMUI 13 & SUPERHUB
Ciri-ciri mantap ini dipertingkatkan lagi oleh sistem operasi EMUI 13, yang akan diperkenalkan pada Siri Mate50 untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan pintar secara lancar.
Ciri SuperHub, misalnya, memudahkan pemindahan data dan fail yang mudah antara aplikasi dan peranti. Sebarang halangan yang telah memisahkan pelbagai platform berbeza boleh dilalui antara satu sama lain.
TERUSKAN LEGASI
“Selepas sedekad yang lalu, Siri Mate secara konsisten mendorong kemajuan untuk mencipta inovasi yang di luar jangkaan yang boleh diakses secara meluas.
Setiap generasi baharu telefon pintar Mate telah mengumpulkan pelbagai teknologi HUAWEI yang canggih.

Siri HUAWEI Mate50 ini meneruskan legasi yang membanggakan ini, dengan mempelopori inovasi berterusan dan memberikan nafas yang baharu kepada Siri Mate.”
– Richard Yu, Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah HUAWEI, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer BG, dan Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Automotive BU
REKA BENTUK JADI TARUHAN
Di samping reka bentuk Mate Series yang terkenal dengan simetri ikonik dan reka bentuk Space Ring. Siri ini juga menggunakan reka bentuk elegan bercorak Clous de Paris buat pertama kalinya.
Memperlihatkan kecantikan baru yang direka hingga ke perincian terakhir.

PENUTUP KACA
Peranti Siri HUAWEI Mate50 hadir dengan dua jenis penutup belakang, kaca dan kulit vegan yang berbeza didapati dalam dua warna, Perak dan Hitam.
Ia mempunyai kemasan yang berbeza dan elegan. Versi kulit vegan pula hadir dalam warna Oren, diinspirasikan oleh sinaran oren berseri matahari.
KUNLUN GLASS
HUAWEI “Kunlun Glass” terdiri daripada 10 kuadrilion-level nano kristal, hasil pengukuhan ion komposit, yang menjadikannya lebih kuat dan tahan jatuh, seperti yang disahkan oleh pensijilan tahan jatuh kaca lima bintang dari SGS Switzerland.

Ini menjadikan model Siri Mate50 telefon pertama yang pernah mencapai pensijilan ini. Telefon Siri HUAWEI Mate50 juga menyokong rintangan air pada IP68 sehingga 6 meter di bawah air.
Membolehkan peranti tersebut digunakan dengan mudah pada persekitaran basah dan berdebu.
KAMERA ULTRA APERTURE XMAGE
Melancarkan jenama pengimejan mudah alihnya sendiri “XMAGE” pada Julai 2022. Dengan matlamat untuk menawarkan pengguna paradigma penggambaran baharu.
Menggabungkan sains dengan budaya, dan estetika dengan teknologi dari segi gaya pengimejan dan pengalaman menangkap gambar.

HUAWEI Mate50 Series mempunyai Kamera Ultra Aperture XMAGE yang canggih dengan apertur fizikal boleh laras saiz-10.
Menggabungkan kemajuan utama kepada sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej.
SMART APERTURE
Smart Aperture laras secara automatik untuk untuk sepadan dengan saiz apertur melalui senario adegan dan penggambaran yang dikenal pasti dalam mod Auto.
Alih ke mod Profesional membolehkan anda untuk melaras kedalaman dan tahap kabur secara manual.
Mod malam menangkap foto dengan kawasan terang dan gelap secara berbeza, walaupun dalam persekitaran yang terang.


Mod potret menggunakan latar belakang semula jadi kabur untuk menjadikan subjek menonjol dari persekitaran mereka.
Kamera telefoto periskop menyokong julat zum sehingga 200x, membawa gambaran dari nun jauh ke hadapan mata anda.
Menyokong rakaman video makro dan gambar dalam gambar makro (PiP) untuk menyampaikan adegan bergerak dengan tepat.
SUPER STORAGE
Super Storage mengalih keluar fail pendua dengan cara yang tidak dapat dilihat dan memampatkan aplikasi yang jarang digunakan.
Mengekalkan storan sehingga 20 GB (pada telefon 256 GB ROM) – meninggalkan lebih banyak storan untuk foto dan video yang ditangkap oleh pengguna hari ini.
Super Hub membolehkan pengguna menyimpan imej, dokumen dan teks buat sementara waktu. Sambil berkongsi secara berkumpulan dengan pemindahan percuma dan mudah antara aplikasi dan peranti.

BATERI
Mod Kecemasan bateri rendah yang inovatif akan diaktifkan sebaik sahaja tahap bateri jatuh ke 1%.
Di mana Super Energy Boosting akan membolehkan siri HUAWEI Mate50 memanjangkan masa standby selama tiga jam, atau 12 minit masa panggilan.
Inovasi yang tiada henti.

PRA TEMPAH
Pra-tempah sekarang dan anda boleh mendapatkan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga [TBC].
Pengguna boleh menikmati pelan ansuran sehingga 24 bulan 0% dengan Maybank, UOB, CIMB, HLB, RHB, Atome, dan Paylater*.

Selain itu, pengguna boleh tukar kepada siri HUAWEI Mate50 dengan menukar 5 peranti lama termasuk telefon pintar, tablet dan jam pintar.
*Tertakluk kepada bank yang mengambil bahagian di setiap kedai
