SAMSUNG GALAXY Z FLIP4, APA YANG BEST!

SAMSUNG GALAXY Z FLIP4, APA YANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah memiliki smartphone flip sewaktu ‘student’ dulu masih lagi diingati. Cuma function atau spesifikasi masa dulu tidak sama seperti sekarang.

Terkini Samsung, salah satu jenama ‘smartphone’ maju ke hadapan lagi dengan membawa generasi ke -4 Samsung iaitu Galaxy Z Flip4. KP diberi peluang untuk ‘review’ dan berkongsi tentang keluaran terbaru ini.

SAMSUNG GALAXY Z FLIP4

Samsung Galaxy Z Flip4 5G yang KP terima adalah 8GB RAM/128GB . Kalau sebelum ini pernah guna Samsung S8 berwarna Rose Pink, untuk kali ini pula Pink Gold.

Haa, dah Rose Gold pastinya ada perbezaan. Lihat sendiri ‘finishing’ warna keduanya. Cantik pula dua warna digabungkan. Tak sangka pula dengan gabungan dua warna ini boleh buat ‘hati wanita’ jatuh hati.

DALAM KOTAK ADA APA

Seperti biasa jika anda membeli produk smartphone terbaru dari Samsung pasti anda tahu yang tidak di sertakan adapter. Yang ada cuma USB Cable Type C.

Menyokong pengecasan bateri 25W untuk pengetahuan anda. Jangan risau ada juga SIM pin dan kertas manual jua warranty kad didalamnya sekali.

APA YANG MENARIK TENTANG GALAXY Z FLIP4

Galaxy Z Flip4 ini memberikan pengalaman tontonan yang unggul dengan Dynamic AMOLED 2x, dan resolusi 1080p yang dilanjutkan.

Ia menyokong kadar segar semula 120hz dinamik, HDR10+ dan sehingga 1,200 “screen brightness”.

BATERI TAHAN LAMA TAK?

Soalan yang sering ditanya sebelum membeli sesebuah ‘smartphone’! Bukannya apa dengan sekarang pelbagai applikasi digunakan melalui telefon.

Katanya ibarat tidak lengkap jika keluar rumah tanpa telefon selain kunci rumah mahupun dompet.

Kapasiti bateri lebih besar iaitu 3,700mAh berbanding 3,300mAh Samsung Galaxy Z Flip 3. Jadi jika anda banyak menghabiskan masa dengan telefon anda, anda tidak perlu risau lagi.

Penggunaan harian dapat bertahan lebih lama sepanjang hari. Jangan lupa ‘caskannya semula pada waktu malam nanti sebelum tidur.

SKRIN?

Kelebihan kali ini adalah panel Dynamic AMOLED 2X 6.7-inci. Ini adalah paparan yang utama. Jika anda seorang yang gemar menangkap gambar atau memotret, ini untuk anda.

Selain itu skrin utamanya membolehkan ia dilipat menjadi lebih kecil, comel serta mudah untuk disimpan dan dipegang. Terutama simpan di dalam poket seluar mahupun didalam beg tangan

GEMAR YOUTUBE ATAU NETFLIX

Ini antara ‘feature’ atau ciri yang menarik hati KP sebagai salah seorang pengguna. Peminat setia Netflix, Disney Hotstar+ dan mengikuti perkembangan terkini lagu keluaran baru di Youtube.

Selalu menonton YouTube atau Netflix menggunakan smartphone anda? Dengan Samsung Z Flip4 – memenuhi keseluruhan ruang skrin.

Yang penting video yang dimainkan lancar dan puas menonton walaupun hanya skrin penutup 1.9 inchi.

PENINGKATAN TERBARU

Pastinya Galaxy Z Flip4 ini memberi lebih peningkatan buat penggunanya. Dah nama Flip pastinya penggunaan seperti menjawab panggilan, membalas teks atau menyemak ‘notification’ tanpa perlu membuka.

Jenuhlah kalau setiap kali ingin mengguna perlu membuka. Nampak tak perubahan dari Flip keluaran dulu dan sekarang.

HASIL TANGKAPAN KAMERA

Gambar yang lebih tajam dan video yang lebih jelas, dengan sensor yang lebih besar, kanta yang berbeza, dan chipset terkini yang menggerakkan pemprosesan imej.

Dengan paparan utama ini secara tidak langsung- imej yang dihasilkan lebih ‘sharp’ atau tajam. Warna-warna tidak kabur dan terang seperti asal menjadikan lebih hebat untuk di muatnaik.

Nak pegang telefon seperti camcorder untuk merakam video, dan bahagian bawah skrin berfungsi seperti pad sentuh.

Skrin Super AMOLED 1.9-inci yang menunjukkan pelbagai fungsi seperti jam, pemberitahuan dan widget; ia juga boleh digunakan sebagai ‘button’ untuk swafoto atau selfie.

FLEX CAM?

Satu lagi ciri kamera, dipanggil FlexCam, menawarkan pelbagai fungsi apabila diaktifkan.

Ia berfungsi sebagai peranti bebas tangan dengan meletakkannya di atas permukaan. Seperti mengambil swafoto dengan mudah, membuat panggilan video, mengambil gambar atau rakaman video tanpa memerlukan tripod.

RAKAMAN VIDEO?

Untuk rakaman video memang mudah dimana ianya memberikan pilihan untuk merakam dengan cara biasa. Mahupun dengan menggunakan flex cam.

Menggunakan Z Flip4

Bisa Apa - Fazura| #FaztivalFazura #Fazura

Bagi KP video tetap cantik dan bagus rakamannya. Cuma KP lebih suka dan lagi setuju jika rakaman video terutamanya menggunakan Samsung S siri seperti S21 atau S22.

Manakala S21

Tuah Juara Mic On Musim 2 | #TuahMicOn2 #MicOnMusim2

Dan juga S22

Korang by Bunkface #Bunkface #Korang #ZeppKualaLumpur

Spesifikasi di Samsung S Siri selepas S20 lebih tajam dan boleh zoom lebih jauh. Tidak pecah bila di muatnaik berbanding dengan Z Flip4.

BETUL KE TANPA PERLU BUKA?

Yang lagi best dapat mengawal muzik tanpa perlu buka telefon. Nak selfie atau wefie pun sama. Walaupun dalam keadaan tertutup atau ‘flip’ masih lagi boleh melakukan-nya.

Dibina lengkap dengan perlindungan Corning’s Gorilla Glass Victus+ untuk paparan kaca, dan bingkai aluminium serba lengkap.

Buat KP yang agak lasak pastinya mencari ‘smartphone’yang sesuai dengan aktiviti harian. Keluaran kali ini menawarkan ketahanan dan kekuatan yang dipertingkatkan.

Jadi dapat menggunakannya tanpa rasa bimbang terutama dalam kegunaan harian.

DAPATKAN DI OUTLET SAMSUNG TAU!

So selama empat generasi ni, Samsung memberikan komitmen selama empat tahun untuk peningkatan perisian, menjadikan telefon ini pilihan yang jelas untuk korang ada!

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *