FRASER PLACE PUTERI HARBOUR, JOHOR PILIHAN KALI INI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

FRASER PLACE PUTERI HARBOUR, JOHOR PILIHAN KALI INI| Bukan main seronok lagi kids bila kata akan ke Selatan. Kali ini 2 dalam 1 dimana atas urusan kerja sambil bercuti. Walaupun PKPB, KP masih mengambil langkah berjaga-jaga dalam perjalanan.

Pasti ada yang tertanya- tanya di manakah Fraser Place Puteri Harbour ni? Kalau di Johor di mana? Anda pernah ke Nusajaya? Atau pun lagi senang LEGOLAND?

Nusajaya adalah di antara tempat yang terkenal kerana Legoland Malaysia berada di sini. Tak sampai 10 minit ye dah sampai. Jadi ini diantara lokasi penginapan yang KP rekomen untuk anda. Jangan risau sure anda semua teruja.

Baca: jnt johor

FRASER PLACE PUTERI HARBOUR

Ini adalah diantara hotel baru yang terletak di Nusajaya. Bersebelahan dengan Pinetree Marina Resort.

Kalau hari tu KP menginap di Pinetree Marina Resort, kali ni bersebelahan saja.

Dari ruang lobby Fraser Place nampak eksklusif. Suka dengan dekorasi nampak moden.

Masih lagi di PKPB jadi standard operating procedure (SOP) masih lagi dipratikkan. Wajib scan QR code terlebih dahulu, check suhu badan dan baru boleh masuk. Dah dapat kad bilik apalagi jom masuk bilik. Memandangkan KP berempat jadi kami ambil 2 bilik.

Sama tingkat cuma berbeza dari segi katil dan pemandangan.

1 bedroom

Mengekalkan konsep residence dimana disetiap bilik yang menginap mempunyai mesin basuh, microwave dan juga tempat memasak. Dari pintu masuk sampai dapur comel dulu.

KP siap beli makanan frozen Ready To Eat (RTE) dan panaskan saja.

Kalau rajin boleh masak ye. Jangan risau tentang perkakas memasak dimana semuanya cukup lengkap. Namakan saja kuali, periuk.pinggan mangkuk semuanya ada.

Mesin Basuh

Part ni memang KP suka. Biasanya kalau bercuti banyak juga pakaian kotor dibawa balik untuk di basuhkan. Ya lah dah bercuti mana nak cari tempat membasuh. Menginap di sini tidak perlu risau. Malam sebelum tidur, masukkan baju yang di gunakan dalam mesin basuh.

Disiapkan sekali sabun untuk kegunaan. Jadi tak perlulah nak tercari-cari sabun. Bukan setakat washer ye siap dengan dryer sekali. Senangkan kerja

Yang buat KP kagum bila berada di sini adalah perkakas yang digunakan disini semuanya dari jenama Electrolux. Dari mesin basuh, microwave , mahupun dapur. Jadi tiada kerisauan disini.

Untuk katil nie adalah untuk kami gegirl . Since berempat jadi terpisah dengan 2 bilik.

Meja kerja untuk KP memandangkan ke sini untuk berkerja bukan bercuti. Cukup lengkap dan punyai ‘space’ sendiri tanpa mengganggu sesiapa.

View dari bilik kami boleh nampak seberang sana. Bilalah boleh masuk singapore nie? Rindu dengan orang sana.

Untuk boys pula adalah dua katil single.

Siap ada sofa kecil kat sebelah. Boleh rehat-rehat atau lunjurkan kaki selepas lama memandu. Tapikan siapa yang pandu KP ke atau cik abg

Meja kerja bilik ini lagi luas. Kalau penat atau tiada idea boleh saja pandang ke luar balkoni pasti ada idea.

Bilik Air

Yang di tunggu setiap kali menginap. Tak lain tak bukan bilik air. Bestnyer menginap di sini. Luas dan bersih.

Siap dengan bath tub. Tu yang paling menarik. Tak dapat swimming pun takpe. Bawa bath bomb lepas tu berendam. Rilexkan diri selepas seharian berkerja.

Masih lagi menjadi kegemaran KP untuk merakam toiletries di setiap hotel yang menginap. Suka lihat cara susun atur, barangan yang disediakan.

Kite yang bergelar gegirl nie pasti suka dengan bilik air ini. Bukan setakat luas ya tetapi cermin pun besar . Sebesar alam (hahaha). Nampak tak cermin kat sisi tepi tu. Cermin facial katanya. Bolehlah tengok jerawat bagai

Jadi kalau tanya KP ini diantara hotel yang direkomen jika anda ada urusan di area Nusajaya. Kalau ada plan atau rancangan ke Legoland bolehlah menginap di sini. Dahlah dekat pastu puas hati dengan harga bilik. Yang penting service terbaik dan nampak mewah.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang promosi menarik jangan lupa layari

Website|Facebook|

Alamat:Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge