Food: Nasi Kukus di Oasis Damansara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hmm.. bila masa nak makan tengahari mesti tertanya tanya di manakah lokasi kali ini. Sampaikan tidak tahu ke mana nak pergi. KP diajak oleh rakan opis untuk makan tengahari di Nasi Kukus Oasis Damansara. Dengar kata kalau masa makan tengahari elakkan untuk datang dari 12.30 tengahari ( sewaktu makan tengahari ) kerana ianya adalah waktu puncak. Kemungkinan tiada tempat untuk duduk sambil menikmati makanan tengahari.

20150303_123555

Untuk ke restoran ini senang sahaja. Landmark ianya ialah Restoran Dima. Ia berada di tingkat atas di mana perlu menaiki tangga untuk ke restoran. Sampai sahaja di restoran sila buat pesanan di cashier. Jangan lupa jika ada request tambahan seperti nasi tambah, bahagian ayam, extra kuah mahupun sambal di kaunter cashier. Antara menu yang ada

Nasi Kukus Ayam – RM 6.90

Sotong Goreng – RM 3.00

Paru Goreng – RM 2.00

Ikan BIlis Goreng – RM 1.50 

Pilihan hidangan KP hari ini ialah nasi kukus ayam dan campur paru goreng. Oh ya di sini memang tidak di hidangkan di atas pinggan tetapi di bungkus di atas kertas minyak. Jadi jangan terperanjat pula ye

20150303_123607Pelbagai minuman juga ada di sini di antaranya:

Sirap Ais: RM 2.50

Jus Tembikai: RM 3.00

Jadi kalau inginkan set lunch yang kurang dari RM 10 bolehlah ke sini kerana harga makanannya memang berbaloi dan rasanya cukup dengan rempah ratus mahupun sambal. KP siap minta extra sambal dan extra kuah. Kalau ke sini Oasis Damansara , rogerlah KP nanti KP bolehlah belanja ye.

#kitepunye #kitepunyedotcom #nasikukusayam #nasikukus

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge